Dipetik dari Malaysiakini
'Saya tahu dalang pemecatan saya'
Jimadie Shah Othman
Nov 11, 09
5:11pm
Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini, seorang pegawainya dipecat serta merta semalam. Pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (foto) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.
Beliau bagaimanapun menafikan pemecatannya semalam ekoran tindakannya membuat laporan terhadap SPRM berhubung dakwaaan penyelewengan yang beredar di blog-blog. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman - yang juga menantu kepada menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat - sebelum ini dituduh melakukan pecah amanah.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi juga menafikan memberi maklumat dalaman kepada ADUN Neggiri Mohd Yusoff Ab Ghani daripada BN berhubung dakwaan penyelewengan tersebut. "Saya jumpa Tok Guru (Nik Aziz) semalam. Setiausaha politiknya pun ada sama. Saya minta Tok Guru ajar cara bersumpah mengikut syariat. Saya ingin bersihkan nama saya," katanya.
Syed Azidi yang mengaitkannya pemecatannya dengan politik dalaman di perbadanan itu juga mendakwa, seorang yang rapat dengan Nik Aziz menjadi dalang di sebalik pemecatannya. Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Nik Aziz berhubung pemecatannya itu kerana mendakwa sentiasa setia dengan kepimpinannya.
"Boleh jadi Tok Guru pun tidak tahu dengan pemecatannya saya. Beliau mungkin diberi maklumat yang salah," jelasnya. Syed Azidi mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, pihak tersebut telah cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.
Beliau juga mendakwa sudah lama tidak dijemput menghadiri mesyuarat pengurusan PMBK kerana sering menegur kepincangan pengurusan GLC negeri itu, seperti pengurusan khairat kematian penduduk. Kontrak Syed Azidi - yang juga penulis blog popular Kickdafella - dengan perbadanan tersebut sepatutnya tamat pada April tahun depan.
Katanya, satu sidang akhbar bagi membersihkan namanya telah dibuat di Kota Bharu pagi tadi.
Komen Isac
Mamat ni pernah menggelar Mufti Perak sebagai "pelacur politik", banyak artikel-artikelnya yang terdahulu juga dilihat terlalu berat sebelah, melampau dan tidak boleh diterima bulat- bulat . Adakah orang seperti beliau boleh kita percayai seratus-peratus?
Terserah kepada pembaca yang budiman untuk menimbangkanya. Bagi penulis, apa yang dibangkitkan oleh beliau biarlah pihak berwajib yang menyiasatnya, kita tunggu dan lihat. Kita mahu menghindari fitnah. Janganlah kita mendahului mahkamah.
Apapun alasan kita berbalah, yang menjadi keutamaan ialah kita wajib untuk mencari satu titik persamaan. Apa yang paling jelas, setiap orang Islam itu adalah bersaudara, tidak kira samada anda ahli/penyokong Umno, Pas, PKR atau "orang berkulit hitam" sekalipun, setiap orang Islam wajib menyayangi saudaranya sepertimana dia menyintai dirinya sendiri.
Setiap manusia pula adalah bersaudara kerana kita berasal dari zuriat ninda Adam a.s. dan ninda Hawa r.h.a.h.
Sahabat,
ReplyDeleteKickdafella ini lidah bercabang. 10 dia cakap, 11 tak boleh percaya!
Bahaya takut - takut ada 'hidden agenda'! Pembangkang dah lihat serangan dari luar tidak berkesan sekarang.
Mereka cuba buat strategi baru dengan mewujudkan konflik sesama mereka sama kes seperti Zulkifli-Sivarasa! Awas permainan mereka!
Jangan mudah tertipu dengan menunjukkan simpati membuta tuli!
apa kata kita racun mamat "kick" defella ni join kita plak... bagi story moning glory pasal PAS Kelantan, salahguna kuasa dan sebagainya... Habisla lubang PAS bakal bocor...
ReplyDeleteSelepas ini kita akan lihat beberapa pendedahan oleh x-pelacur pas ni..kita akan lihat peluru yang dihamburkan oleh beliau..ini lah dasar hipokrit bloger upahan pas ini sewaktu berada didalam dia cuma menyepi sahaja berkenaan dengan kepincangan didalam kepompong pas..tetapi bila dah ditendang keluar baru nak dedahkan apa yang sebenarnya berlaku ...mamat ni kena cari payung lain pulak untuk tempat dia berlindung
ReplyDeleteKalau nak gunakan beliau untuk dapatkan maklumat, mungkin boleh... Tapi untuk jadi sekutu, kena hati2 takut2 beliau akan menjadi gunting dalam lipatan...
ReplyDeletegunakan peluang keemasan ini untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Benar atau tidak itu soal kedua ... inilah masanya.. hahahahaha!
ReplyDeleteSelepas penang? Selangor pun rampas tanah rakyat. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/selepas-penang-selangor-juga-mahu.html
salam semua..
ReplyDeletemm..pak syeh ni pd sy lah tak payah nak di ajak join dgn kita..dolu mengutuk bagai nak runtuh dunia..dia kata nak dedah kan itu ini dlam pas..
alahai...kiranya mesti dia dah tau sgt2 dr dulu apa yg jadik..tapi knapa dia senyap jek n terus fitnah2 kerajaan..skrg dia dah jadi defella yg kena kick dia terus twist...
tok sah la caya mangkuk ayun nih..dia nak bukak pekung nikki ajis n the family suka hati dia lah..x yah simpati kat mamat nih..yg penting kita kuat kan umno n bn!
Salam.
ReplyDeleteTerimakasih semua kerana sudi singgah dan memberikan komen.
Saya setuju dengan pencinta kebenaran, membuka aib orang bukan cara "kita". Biarlah bihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Sebagai orang yang bermaruah kita ada batas2 & tatasusila yang perlu dipatuhi.
Sebagai orang Melayu/Islam "Matlamat Tidak Pernah Menghalalkan Cara". Walaupun bagi "mereka", "berpolitik perlu menipu". Itu bukan cara kita. Jika ditakdirkan kalahpun, biarlah kita gugur dengan cara bermaruah.
aik dulu percaya sangat dengan dia..sekarang bila dia bukak citer as INSIDER ...dah tak boleh percaya dah...kenapa ek....
ReplyDeleteitulah manusia, tak kisah lah UMNO ke PAS ke DAP ke, yang salah tetap salah. sekurang-kurangnya pendedahan ini mampu menjadikan semua merenung kembali siapa islam hakiki siapa islam sekadar cari makan...