Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116596
K'tan dapat wang ehsan minyak
Nov 4, 2009 10:58am
K'tan dapat wang ehsan minyak
Nov 4, 2009 10:58am
Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan. Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih. Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara. "Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama.
Najib berkata demikian bagi menjawab sekaligus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.
Komen Isac;
Secara lojiknya itulah yang sebaik-baiknya. Jika Kelantan tidak berada di dalam Malaysia sekalipun, sudah tentulah hasil minyak tersebutpun perlu dikongsi bersama dengan negara-negara lain yang berhampiran dengan kawasan tersebut termasuk Malaysia.
Kawasan perairan Kelantan yang pendek, tidak seperti Terengganu juga akan membolehkan Kerajaan Malaysia menuntut hak pengeluaran minyak/gas di kawasan tersebut melalui garis perairannya yang terdekat, iaitu perairan Terengganu sekiranya Kelantan merupakan sebuah negara bebas ataupun merupakan suatu wilayah di bawah pentadbiran negara Thailand.
Mungkin kerana kerajaan pusat kuwathir, duit hasil "royalti" tersebut akan disalahgunakan oleh kerajaan negeri, maka kerajaan pusat telah membuat keputusan agar hasil royalti tersebut disalurkan kepada negeri Kelantan, melalui kaedah "wang ehsan" yang akan digunakan untuk membiyayai projek-projek pembangunan di negeri tersebut.
Nampak gayanya, kawasan BN di Kelantan akan "kaya-raya" dengan "wang ikhsan"/pembangunan tersebut...Mungkin sebahagian dari wang tersebut patut digunakan untuk mendirikan sebuah lagi universiti di Kelantan, Bagaimana dengan Universiti Pertanian Gua Musang? Di sanakan kawasan pertanian....Bolehlah ianya nanti menggantikan Universiti Pertanian di Serdang, yang kini telah ditukarkan nama dan fungsinya sebagai Universiti Putra Malaysia. Pastinya ia lebih baik daripada menghabiskan duit, dengan menganjurkan monsun cup macam kat Terengganu....Setidak-tidaknya rakyaat negeri-negeri jiran, seperti Pahang, Terengganu dan Johor juga akan mendapat peluang menumpang belajar. Pastinya Gua Musang juga akan lebih pesat membangun.
Lagipun jika mengikut statistik penduduk-penduduk Kelantan sememangnya ramai yang terpaksa berhijrah/bermastautin di negeri-negeri lain samada untuk melanjutkan pelajaran maupun bekerja, jestru itu jika pusat-pusat pelajaran tinggi dan perniagaan diwujudkan, maka pembangunan negeri Kelantan akan lebih pesat serta rakyaatnya juga tidak perlu merantau untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
Apapun jika ini berjaya dilakukan kelak, rakyaat Kelantan sewajarnya sedar bahawa tanpa bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri Kelantan pasti kekal ditakuk lama. Jestru itu samada kita mahu akui ataupun tidak, perpaduan dan perdamaian kedua kerajaan ini (negeri dan pusat), akan lebih menguntung rakyaat dan negara. Selain kerajaan negeri perlu sedar akan keterbergantungannya kepada kerajaan pusat, kerajaan pusat juga sepatutnya mengiktiraf Kelantan, sebagai salah-sebuah kerajaan "Melayu/Islam" yang masih tinggal di negara kita. Kemunduran negeri ini akan mencerminkan kemunduran orang Melayu dalam konteks yang lebih luas. Jestru itu Melayu Kelantan janganlah disisihkan, rakyaat Kelantan tidak bersalah.
Salam bro, kawan bimbang bukan rakyat Kelantan yang kaya raya, pemimpin-pemimpin PAS je kot..... dia orang lebih penyangak juga.....
ReplyDelete