bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Nov 2009

Akibat Kesempitan Hidup - Peninju UFC Hanya Makan Nasi Dengan Sos Tomato Sebelum Perlawanan

Dipetik dari Yahoo









Pat Barry ialah peninju ala kick boxing UAC. Beliau telah mengalahkan Antoni Hardonk dengan pukulan KO. Kesusahan hidup telah menjadikan perlawanan dengan Antoni, sebagai perlawanan mesti menangnya. Apa tidaknya, seminggu sebelum perlawanan beliau telah hampir kehabisan wang. Malah sebelum perlawanan tersebut, beliau hanya mampu untuk makan nasi berlaukkan sos tomato. Walaupun beliau masih mempunyai apartmentnya pada ketika itu, sekiranya perlawanan tersebut dibatalkan, dia pastinya akan menjadi gelandangan (orang tanpa rumah) kerana bank akan merampasnya dalam masa enam hari dari tarikh perlawanan tersebut.





Menambah burukkan lagi kisah hidupnya, sejak kebelakangan ini pun nasib selalu sahaja tidak menyebelahinya, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu menyusahkan orang lain apa lagi jurulatih dan ibunya. Siapa sangka dia akhirnya memenangi perlawanan tersebut dan membawa pulang cek bernilai Dollar US 120,000.00 sebagai hadiah. Ketika hendak memasukkan cek yang dimenanginya ke dalam bank, keretanya pula tidak boleh dihidupkan, dia terpaksa membuat "jump start". Sesampai di bank dengan keadaan matanya yang lebam dan luka (bekas tumbukan), badan yang berpeluh, muka yang tidak bercukur serta kelihatan letih kerana kurang tidur dia telah menghulurkan cek kemenangan untuk dimasukkan ke dalam akaunnya.



Kerani bank yang melihatkan keadaannya yang tidak terurus dengan sekeping cek bernilai USD 120,000.00 telah memanggil pengurus bank untuk menjalankan penyiasatan. Pengurus bank yang datang juga kurang percaya bagaimana seorang yang tidak terurus begitu, boleh mempunyai wang sebanyak itu. Pengurus bank telah meminta dokumen pengenalan diri kerana hendak membuat pengesahan. Pengurus Bank telah memberitahu Pat Barry bahawa nama di lesennya tertulis Pat Barry dan nama yang tertulis di cek adalah Patrick Barry. Melihatkan hal yang demikian, Pat memberitahu Pengurus Bank tersebut bahawa dia sanggup menunggu berapa lamapun pengesahan dijalankan oleh pihak bank, kerana jika dia hendak keluarpun keretanya belum tentu lagi boleh dihidupkan. Selepas sejam ceknya selamat dibankkan.
Komen Isac;
Pengajaran yang penulis dapat dari kisah hidup Pat Barry ialah, tiada jalan mudah untuk berjaya, walau bagaimana susahpun hidup ini janganlah kita asyik meminta-minta dan sekiranya kita berusaha bersungguh-siungguh, insyaallah suatu hari kita akan berjaya.
Sesiapa yang mahu mengikuti keseluruhan artikel berkaitan sila layari link di atas.

1 comment:

  1. ni motivatekan saya dengan kisahnya.. huhu.. tabahnya..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3