Utusan Malaysia Online (Maklumat terkini)
TG Nik Aziz Dirawat di IJN
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak semalam berikutan keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan.
Difahamkan, doktor yang memeriksa kesihatan Mursyidul Am Pas itu mendapati beliau memerlukan rehat yang secukupnya sebelum boleh kembali bertugas. Sumber IJN ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pemimpin Pas itu dimasukkan ke wad sejak semalam.
Ditanya keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz itu, beliau berkata, "Keadaannya stabil, beliau cuma dimasukkan ke wad biasa. Beliau dinasihatkan supaya mengambil rehat yang secukupnya." Sementara itu, Setiausaha Politik beliau, Anual Bakri Haron berkata, Nik Abdul Aziz dimasukkan ke IJN ketika datang untuk menjalani pemeriksaan rutin sebelum dimasukkan ke wad pagi semalam.
"Beliau bagaimanapun dijangka dibenarkan keluar malam ini dan menghadiri Seminar Politik Pas di markas parti di Taman Melewar, Gombak pada pukul 8 pagi esok," katanya ketika dihubungi hari ini.
Berita ini mengesahkan perkhabaran yang telah penulis posting malam tadi. Ternyata maklumat yang diperolehi dari blog "Cucu Tok Selampit", terbukti benar.
Khabarnya TG Nik Aziz Gering Dan Kini Berada Di IJN ?
Jika maklumat ini betul mudah-mudahan Tok Guru akan cepat sembuh dan semoga beliau selamat. Dalam usia yang agak lanjut (78 tahun) dan beban kerja yang berat sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, sudah pasti tugas-tugasnya begitu memenatkan fizikal dan mindanya. Sewajarnya beliau mengundurkan sahaja diri dari dunia politik yang begitu mencabar.
Berikut penulis ada sertakan biodata ringkas Tok Guru;
Nama: Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir: Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
Universiti Deoband India
Universiti Lahore Pakistan
Universiti Al Azhar
Sarjana Muda bahasa Arab
Sarjana Perundangan Islam
Maklumat lanjut sila layari; http://mbkelantan.tripod.com/biodata/biodata2.htm
Dalam keadaan parti yang di ambang perpecahan dan anak menantunya yang kini sedang disiasat oleh SPRM pastinya sedikit-sebanyak pasti ianya juga menyumbang kepada keadaannya sekarang. Mungkin permintaan penulis ini agak keterlaluan, tetapi sebagai manusia penulis terfikir, alangkah baiknya jika SPRM dapat menagguhkan siasatan tersebut. Banyak lagikan kes-kes lain yang boleh disiasat....
Masuk bab lawak sikit, jika pegawai JAKIM, saudara Zamihan Mat Zain (Penolong Pengarah) berpeluang membuat kenyataan media tentang Tok Guru, pasti beliau akan mengatakan Tok Guru pun tidak layak menjadi Mufti kerana kelulusannya adalah di dalam Bahasa Arab dan Perundangan Islam, bukannya dalam bidang Syariat Islam. Agaknya jika saudara Zamihan yang menyoal-jawab Tok Guru, tauliah untuk ceramah agama di negeri Selangor pun belum tentu layak di mata beliau. Bukankah dengan menguasai bahasa Arab akan membolehkan seseorang itu mendalami agama Islam kerana kemahiran berbahasa Arab akan memudahkan mereka membaca kitab-kitab dalam bahasa Arab dan memahami Al_Quran dengan lebih baik?
memang dah patut mamat niundurkan diri...macam TUN kata masa persidangan UMNO dulu "DAH LAMA DAH"...
ReplyDeleteundur dengan cara terhormat lebih baik dari dijatuhkan secara paksa...
undur pun tak rugi ape pun, beban yang dipikul dibahu akan terangkat dengan sendirinya...tang anak @ menantu kena siasat, tu dorang punya pasal...dah buat kerja tak baik, dapatlah "cash"...
kalau undur pun,tak habis pun duit pencen sebagai wakil rakyat serta MB...
Salam Bro,
ReplyDeleteTahniah dan syabas, tulisan dan isu yg semakin mantap dan panas. Maklumkan dihalaman bahawa posting dibuat 2 kali sehari untuk pengetahuan pembaca.
Hanizam, nama dia tu Nik Aziz, nama bapak dia baru mamat @ Nik Mat. ~ bRAVEhEART