Dipetik dari mStar Online
Selasa November 17, 2009
Bekas Setiausaha Anwar Buat Laporan Polis Berhubung Pembelian Saham
Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menunjukkan resit bukti pembelian saham semasa mengadakan sidang media berkenaan pembelian saham bernilai RM8.5 juta oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, hari ini. Anuar yang tiba pada jam 11.45 pagi ini di JSJK menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikkan saham berkenaan dengan ditemani beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas). -- fotoBERNAMA
Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini. Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).
Artikel penuh sila layari link;
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/17/mstar_berita/20091117185207&sec=mstar_berita
Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan. "Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.
Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu. Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, bekas menteri kewangan itu mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. BERNAMA
Komen Isac;
Wah garangnya DSAI...Memang dia tak bersalah ke? Memang betul duit RM 3 Billion tu semua fitnah ke?
Cuma yang penulis faham, daripada artikel di atas, Abdul Murad telah menyatakan wang berjumlah RM 3 Billion itu adalah di atas nama proksi-proksi DSAI dan dikawal di bawah 20 akaun induk. Pada kebiasannya para proksi akan memperoleh ganjaran, bersih di antara 10-20% daripada nilai asset/wang yang mereka diamanahkan. Kalau jumlahnya RM 3 billion, para proksi akan memperolehi sehingga RM 600 Juta.
Apa kata di bawah program memberikan perlindungan/kekebalan kepada para saksi, pihak berkuasa menawarkan sehingga 50% daripada nilai asset/wang yang mereka "jaga" bagi pihak DSAI sekiranya proksi-proksi ini bersedia mendedahkan penyelewengan tersebut. "Hadiah" 50% atau RM 1.5 Billion ini juga dicadangkan supaya dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Jika sememangnya DSAI mempunyai proksi-proksi yang menjaga asset/wangnya yang bernilai sehingga RM 3 Billion, penulis percaya para proksi tersebut (jika ada) pasti tidak akan berfikir dua kali untuk mendedahkan perkara tersebut. Di pihak kerajaan pula selain daripada dapat menangkap "pengkhianat" negara, negara juga akan berpeluang mengambil semula sekurang-kurangnya RM 1.5 Billion harta negara yang telah diselewengkan.
Penulis berharap kerajaan akan melakukan cadangan ini dan bagi pihak DSAI pula, jika beliau sememangnya tidak bersalah, tiada apa yang hendak ditakutkan. Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk membersihkan nama beliau.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.