Foto: Gambar Satelit Diambil Dari Google Earth. Pembaca Boleh Memeriksa Sendiri Untuk Kepastian. (Klik Foto 2 X untuk membesarkan gambar satelit).
Pertama sekali, seperti apa yang banyak dinyatakan di dalam blog-blog pro BN, sememangnya kalau ikut perlembagaan, kerajaan negeri Kelantan tiada hak untuk menuntut royalti minyak terhadap kawasan ini...Ini adalah kerana kawasan carigali tersebut berada didalam zon antarabangsa yang bertindih. Perairan sesebuah negeri mengikut perlembagaan Malaysia hanyalah 5.5 km dari garisan pantai (Mean Low Lower Water
Dalam perjanjian antarabangsa yang ditandatangani secara bersama di antara kerajaan Malaysia, Thailand dan Vietnam, mana-mana kawasan minyak/gas yang jaraknya sekitar 200Km dari garis pantai negeri-negeri ini, hasil penerokaan tersebut akan dibahagikan secara bersama diantara negara-negara yang terlibat. Sama ada hendak diberikan pula kepada wilayah-wilayah yang terdekat oleh pihak berkuasa pusat, itu adalah tertakluk kepada undang-undang sesebuah negara itu. Dalam kes di Malaysia, tidak perlu kerana ianya di luar sempadan perairan Kelantan.
Dalam ekspedisi yang telah dilakukan oleh wakil kerajaan Pas Kelantan bila mana mereka meninjau kawasan carigali/pengeluaran minyak/gas beberapa bulan lalu, mereka telah mengakui bahawa jarak kawasan tersebut adalah sekitar 150Km daripada Kuala Sungai Golok. Secara tidak langsung mereka sendiri telah mengakui bahawa jarak tersebut jauh melepasi garis perairan Kelantan.
Harus disedari, bahawa kerajaan pusat telah bermurah hati untuk memberikan 5% hasil minyak/gas di kawasan tersebut (dalam bentuk wang ehsan) kepada kerajaan negeri Kelantan, walaupun ianya terletak diluar kawasan pantai negeri tersebut, jestru itu adalah wajar ia di panggil sebagai wang ehsan, dan cara pembayaranya juga terpulanglah kepada Kerajaan Pusat. Pada pandangan penulis orang nak bagi ambil sahajalah, nanti kalau orang tarik balik siapa yang rugi?
Perlu diingat, secara teorinya Kerajaan Negeri Terengganu juga layak untuk menuntut separuh dari wang ehsan (hasil minyak/gas) yang bakal diperolehi oleh negeri Kelantan daripada kawasan tersebut. Ini adalah kerana, jika negeri Kelantan berada 150km dari kawasan penerokaan tersebut, ia pula hanya sekitar 160Km dari garis pantai Terengganu yang terdekat. (Sila rujuk Gambar Satelite di atas). Ia juga kurang 200km dari garis pantai Terengganu. Wah...kalau informasi ini digunakan oleh Kerajaan Terengganu, penulis boleh mendapat komisyen...:). Dapat komisyen 0.1% setahun pun dah boleh jadi orang kaya....
Jestru itu setuju dahulu, selepas itu bincanglah baik-baik dengan kerajaan pusat supaya, walaupun pengaggihannya nanti akan dikawal oleh pusat, kerajaan negeri juga meminta agar dapat terlibat secara langsung di dalam merancang sektor-sektor dan bidang-bidang mana yang perlu diberi perhatian. Yang penting peruntukan-peruntukan tersebut akan dapat digunakan untuk memajukan negeri Kelantan dan rakyaatnya. Mengapa kita sama kita perlu bergaduh? Benda boleh bincang baik-baik.
betul tu
ReplyDeletesatu lagi saya nak tambah, di Sarawak minyak mula didapati pada tahun 1900 dan digali dari kawasan daratan yang dikenali sebagai Bukit Kanada.
Malah sebahagian kawasan di Miri terutamanya Piasau pernah menjadi telaga minyak ( di darat!)
Oleh itu kepada Husam Musa yang kemaruk nak royalty Minyak, sila silalah ke Miri Sarawak atau Limbang, Sarawak untuk mengetahui bahawa di wilayah ini minyaknya didapati dalam kawasan negeri (daratan, dan jika di lautan masih dalam lingkungan 3 batu nautika- malah kamek masih boleh nampak pelantar minyak di sinun( ornga di darat boleh nampak pelantar minyak dari Tanjung Lobang) .... dan sebab itu layak dapat royalty!
Salam Isac,
ReplyDeleteTahniah, baru sekali ini nampaknya adik berani menyatakan kebenaran. Kebenaran bukan hanya di satu-satu pihak dan kita harusnya perjuangkan kebenaran bukan berjuang untuk mana-mana kumpulan.
Beranikan Hati - bersuara untuk kebenaran demi rakyat ~ bRAVEhEART
Salam Isac,
ReplyDeleteTahniah kerana perjuangkan kebenaran dan kebenaran itu bukan hanya milik satu-satu pihak semata-mata. Berjuanglah demi kebenaran dan untuk rakyat. Syabas kerana telah beranikan hati suarakan kebenaran ~ bRAVEhEART