bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Nov 2009

Terengganu Akan Tuntut 50% Dari "Wang Ikhsan" Kelantan?

Dipetik dari mStar Online
Isnin November 16, 2009
Wang Ihsan Petroleum Dicadang Dibahagi Dua

Klik 2 X Pada Gambar Untuk Besarkannya.



KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan agar wang ihsan petroleum yang akan diberikan kepada Kelantan mulai tahun depan dibahagi dua iaitu 50 peratus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan selebihnya kepada kerajaan negeri.




Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata ia bagi memastikan wang ihsan itu diberikan dengan adil serta dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati manamana pihak. "Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.




"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.



Artikel penuh sila layari;







Komen Isac;



Seperti komen penulis terdahulu, secara logiknya negeri Terengganu juga mempunyai asas yang kuat untuk menuntut 50% daripada "wang ikhsan" yang bakal diperolehi oleh negeri Kelantan. Jika jarak garisan pantai Kelantan ke kawasan eksplorasi minyak/gas adalah sekitar 150Km, jaraknya ke garisan pantai Terengganu pula adalah sekitar 160Km.
Begitulah jugak halnya dengan Kelantan, mereka juga sebenarnya boleh menuntut royalti minyak/gas yang dikeluarkan 150Km dari garisan pantai Terengganu, kerana sememangnya sebagai negeri berjiran, kawasan perairan di bawah pertadbiran kerajaan pusat dikongsi bersama. Penulis percaya jarak pelantar minyak Terengganu juga adalah kurang dari 200Km dari garisan pantai Kelantan. Mungkin hanya sekitar 140Km.

2 comments:

  1. salam
    setelah apa yg berlaku di pmbk, kepercayaan kita telah terhakis untuk di amanahkan peruntukan sebagaimana cadangan ibrahim ali

    ReplyDelete
  2. Jika berpeluang untuk memberikan mereka peluang, apa salahnya. Apapun kita adalah bersaudara.

    Cuma mungkin Pusat perlu memantau. Lebih telus lebih baik untuk rakyaat dan negara.
    Terimakasih kepada Dr. 1221 kerana mengunjungi bumiyang.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3