Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.
Sebagai balasan Putera tersebut memberikan Rosmah US 2 Juta. Rosmah pula mengaggih-aggihkan wang pemberian tersebut kapada beberapa badan amal, US$1 juta lagi akan diserahkan Sekolah Permata Pintar yang diuruskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.
Semoga perbuatan yang baik akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Penulis juga berdoa agar wanita pertama negara ini akan terbuka hatinya untuk menutup aurat dan mudah-mudahan kita sama-sama akan mendapat redha Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.