bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Nov 2009

Mayat Teoh Beng Hock Dibenar Untuk DiGali Semula - Siapa Pulak Yang Nak Buat Bedah Siasat ?

Dipetik dari mStar Online
Khamis November 5, 2009 Mahkamah benarkan mayat Teoh Beng Hock digali semula





SHAH ALAM: Mahkamah koroner di sini, semalam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan. Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).




Bagaimanapun butiran terperinci mengenai proses bedah siasat itu, termasuk bila dan di mana ia akan dilakukan, hanya akan ditentukan oleh mahkamah Isnin depan. Koroner Azmil Muntapha membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan keluarga Teoh untuk menggali semula mayat mendiang bagi menentukan punca sebenar kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu, yang ditemui mati selepas jatuh dari bangunan Plaza Masalam di sini, Julai lalu.




Permohonan itu dibuat berikutan keterangan Dr Pornthip di mahkamah yang mendakwa terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera. Dalam prosiding semalam, peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan daripada segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh. "Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.




Peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memohon mahkamah supaya membenarkan Dr Pornthip menghadiri proses bedah siasat itu dan membuat pemerhatian bagi membolehkannya menyediakan laporan forensik. "Kami juga memohon supaya Dr Pornthip dibenarkan untuk memberi keterangan sekali lagi ke mahkamah ini dan membentangkan hasil laporan forensiknya.

"Kami merasakan pendapat Dr Pornthip adalah amat relevan dalam prosiding inkues ini bagi membantu mahkamah membuat penemuan mengenai sebab-sebab kematian mendiang dan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematiannya," kata peguam itu yang turut memaklumkan bahawa Dr Pornthip sedia menghadiri bedah siasat bermula 14 Nov depan. BERNAMA

Komen Isac;

Rupanya kelulusan Dr. Pornthip tidak diiktiraf di Malaysia. Jestru itu Bedah siasat kedua ini akan dilakukan oleh orang lain dan Dr. Porntip serta pakar-pakar forensik yang lain (yang terlibat dalam kes ini) akan hanya bertindak sebagai pemerhati.

Kalau Dr. MAZA yang merupakan bekas Mufti Perlis, penceramah tetap di TV dan Akhbar serta hampir menjadi YDP YADIM, masih tidak diiktiraf JAIS, mengapa pulak orang yang kelulusannya tidak diiktiraf seperti Dr. Pornthip ini hendak kita dengar pendapatnya di mahkamah? Malaysia ni memang kadang-kadang pelik....Takut sangat dikata orang kita ni tidak transparent...berat sebelah...bodoh....bla..bla...

Itu dah tentu satu hal, yang terbaru Dr. Pronthip telah ditahan oleh polis Thailand. Kemungkinan besar beliau tidak akan dapat menghadiri bedah siasat kali kedua tersebut. Adakah ini akan dijadikan alasan oleh pihak Pakatan Pembangkang untuk melambat-lambatkan inkues ini...Jika ya, maaf saya katakan, stail melambat-lambatkan perbicaraan kes macam ini sama dengan strategi melambat-lambatkan kes perbicaraan kes liwat DSAI...

Sila layari http://www.notthenation.com/pages/news/getnews.php?id=834link;

3 comments:

  1. Salam Sahabat,

    Porn-tip itu tidak lebih daripada orang yang dibeli. Tengoklah gaya 'yang sangat meyakinkan'. hehe..

    ntah..ntah.. Si Bai Gobinh tu jumpa dia kat rumah urut siam yang berlambak-lambak di kawasan parlimennya Puchong!! hahaha..

    walaupun DAP cuba membesar-besarkan kenyataan Cik Porn ini, sambutan sangat hambar termasuk dikalangan member PKR dan Pas mereka sebab masing - masing ada masalah besar sekarang!

    Walau macamanapun keputusan kelak, rakyat dah tak nak ambil tahu pasal isu ini. Lebih baik fikir pasal ekonomi daripada fikir macamana satu nyawa ini mati!

    ReplyDelete
  2. gile berat blog ni .. nak komen pun susah .. word verify lagi .. adoi ..~ dah hilang komen aku taip panjang2 tadi.. next time kasi pop up punya komen la bumiyang!

    ReplyDelete
  3. Salam bro, inilah satu-satunya tukang forensik yang Gobind boleh beli untuk buat penipuan...... sapa lagi kalau tak ahli kumpulan penaro bogel 'tiger show' ni.... dengan cerita dah kena cekup kerana menipu.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3