bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Nov 2009

Isu Ceramah Agama Tanpa Tauliah, Mengapa Xavier Dapat "Pengecualian" dan Dr. Asri Tidak???



Sebenarnya, JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa 'Pengecualian' permohonan tauliah kepada penceramah-pencaramah Agama Islam, seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 .


Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, jelas bahawa dakwaan bahawa Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanya merupakan satu alasan. Di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, pendakwah ini sebenarnya layak diberi pengecualian.


Dalam Enakmen tersebut, klausa 'Pengecualian' mencatatkan bahawa:


Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang berikut dari kehendak mendapatkan tauliah:
a) Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya;
b) Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri;
c) Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri;
d) Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri;
e) Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.


Pada pendapat penulis sebagai seorang bekas mufti, bekas pensyarah agama sebuah universiti tempatan, ahli jawatankuasa majlis Fatwa Negeri Perlis, penceramah agama di telivesyen dan Awani (yang dapat diikuti diseluruh negara) serta penulis tetap kolum agama di akhbar tempatan dan pengarang lebih daripada 12 buku-buku berkaitan agama agak keterlaluan sekira klausa pengecualian di atas tidak boleh digunakan terhadap beliau. Maaf sekiranya saya berbunyi agak lancang, tetapi saya kira dengan latar belakang Dr Asri, mungkin tiada siapa di JAIS yang layak (dari segi akademik maupun penerbitan buku-buku agama) untuk menidakkan beliau diberikan tauliah untuk memberikan ceramah agama di Selangor.


Yang peliknya mengapa Xavier Jayakumar (ADUN Taman Seri Andalas) dengan selamba boleh membaca petikan-petikan mahfum ayat-ayat Al-Quran dalam masjid? Adakah beliau Sarjana Islam? Mufti negeri mana? Ahli majlis fatwa? Pensyarah Agama Islam Universiti mana? Jangankan mengucap "Potong" pun mungkin belum lagi!!!! Apa komen JAIS?


Apa kata kalau kumpulkan bukti, dakwa dan sumbatkan Xavier 2 tahun dalam penjara. Kurang satu adun PR, bolehlah adakan PRK baru, itu yang selalu mereka cari.


Artikel penuh sila layari; http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/8/mstar_berita/20091108185938&sec=mstar_berita

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3