bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Nov 2009

Lim Guan Eng Tidak Mengaku Tukar Status Tanah Dari Pajakan 99 Tahun Kepada Status Hak Milik Kekal


Berita TV3 pukul 8 malam tadi, menyiarkan pendedahan seorang adun di Pulau Pinang bahawa YB Lim Guan Eng telah memberikan maklumat palsu berkenaan pertukaran status sekeping tanah seluas 1.4 Hektar, dari pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal. Lim yang juga merupakan exco hal ehwal tanah di Pulau Pinang telah menafikan perkara tersebut di sidang DUN, malah telah membuat penafian resmi kepada soalan berkaitan.
Walaubagaimanapun tapak tanah tersebut yang dahulunya merupakan tanah kerajaan yang menempatkan quarters JKR lama, sememangnya telah ditukarkan status dengan bayaran premium RM 6 Juta. Ada dua perkara disini iaitu, pertama "Penipuan" terhadap sidang DUN, oleh Lim, samada dilakukan secara sedar maupun tidak. Yang kedua Bayaran premium RM 6 Juta, terhadap tanah seluas 1.4 Hektar (150,695 kaki persegi) di dalam kawasan peranginan tepi laut berpantai di Pulau Pinang agak rendah. Dengan penukaran status tanah tersebut nilainya akan menjangkau sehingga RM 75 Juta. Iaitu sekiranya ianya berharga RM 500/kaki persegi dan meningkat kepada RM 100 Juta jika harga tanah tersebut RM 700/kaki persegi. Siapa sahaja pun pasti sanggup berbuat apa sahaja kerana dengan membayar RM 6 Juta, pulangannya lebih 10 kali ganda.
Bukan mahu menuduh berlaku penyelewengan, tetapi ada baiknya PAC maupun SPRM menjalankan siasatan, untuk mempastikan tiada penyelewengan telah berlaku.

3 comments:

  1. lepas selangor panas...kini penang ambil tempat untuk minggu ni...yang pasti pemerintahan PR kat negeri terbabit lebih teruk dan penuh dengan tamak haloba untuk tembolok masing-masing...

    YB BN, jangan buang masa, bola tanggung ditangan, libas cukup-cukup...bongkarkan ape yang patut...biar rakyat menilainya...bungkus PR macam nasi kandar...

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Terimakasih kerana selalu melawat blog kawan.

    Berat mamat tu rasanya. Penafian di sidang DUN dan surat resmi dari pejabatnya sendiri adalah bukti fizikal yang susah nak ditolak.

    ReplyDelete
  3. senang hati membaca berita ini.. :) PRU13 Pulau Pinang akan dikembali oleh Rakyat kepada BN.

    http://unitmediasiber.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3