bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jan 2011

Sampai Bila Kita Mahu Menghasilkan Jutawaan Perompak Subsidi???

KPDNKK rampas gas bersubsidi bernilai RM1.5 jutahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPDNKKrampasgasbersubsidibernilaiRM1_5juta/Article

2011/01/05

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah hari ini merampas gas bersubsidi bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Ringan, Simpang Empat, dekat sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Suhaimi Mat Sari, berkata serbuan terhadap sebuah kilang di kawasan berkenaan pada 12.30 tengah hari itu dibuat hasil maklumat orang awam.


Beliau berkata siasatan awal mendapati kilang berkenaan beroperasi secara haram di sebuah premis yang disewa sejak dua bulan lalu dan operasi pemindahan gas dilakukan setiap hari oleh pekerja asing.
"Ketika serbuan enam warga Myanmar dan seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sedang leka memindahkan Gas Petroleum Cecair (LPG) berkenaan dari tong gas bersudsidi ke sebuah lori tangki.

"Gas yang dipindahkan itu untuk dihantar ke kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam untuk tujuan perindustrian di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak terpaksa dipanggil bagi membantu aggota KPDNKK menutup paip gas yang disambung pada sebuah lori tangki yang melakukan pindahan gas itu. - BERNAMA


Komen Isac;

Sampai bila kita mahu "mengkayakan" mereka ini???

2 comments:

  1. denda baru 200,000 je maksimum gelak je diorang bayar saman tu. untung berjuta-juta

    ReplyDelete
  2. kerana org spt itulah, sy lebih rela jika semua subsidi dihapuskan. kerana begitu ramai warga asing di sinilah juga membuatkan sy sanggup membyr harga mhl utk meneruskan hidup tanpa subsidi. kerana apa gunanya subsidi jika yg kaya/kenyang bknlah rakyat marhaen? apakah gunanya subsidi jika yg kaya hanyalah mereka yg tidak patriotik & sanggup melacurkan jati diri sendiri? oleh yg demikian, salahkanlah sy jika malaysia akhirnya tiada subsidi... sy lebih rela dipersalahkan dr melihat insan2 rakus spt di atas wujud mengambil kesempatan dr subsidi itu sendiri.

    luahan si pemerhati

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3