Skuad Harimau Muda benam Olimpik Singapura 2-0
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_45.htm
24/01/2011 10:06pm
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Skuad Bawah 21 Tahun negara, Harimau Muda A menundukkan skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, hari ini.
Jaringan Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-23 dan 45 sudah cukup memastikan anak buah Ong Kim Swee itu pulang dengan kemenangan manis setelah kecundang 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand, di Bangkok Khamis lalu. - Utusan
Komen Isac;
Semoga skuad bolasepak Malaysia semakin berjaya!!! Harimau Muda A dan B penting kerana pasukan ini memberikan pilihan dan kesinambungan kepada skuad negara. Syabas!!!
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.