Hadi, Anwar temu petang ini ‘jernihkan’ isu pertemuan 24 Disember
January 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengadakan pertemuan petang ini, langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat (PR) yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini.
Pertemuan tertutup itu akan diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di Shah Alam malam ini.
Kedua-dua Hadi dan Anwar (gambar) akan disertai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperlihatkan solidariti pemimpin-pemimpin PR.
Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dijangka memfokus pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.
Majlis itu yang diadakan atas undangan Yang di-Pertuan Agong dilihat bertujuan memulihkan kerjasama politik antara PAS-Umno atas nama perpaduan Melayu-Islam meskipun kedua-dua Najib dan Nik Aziz enggan mengulas agenda dan hasil pertemuan itu.
Komen Isac;
Itu bukan gelaran yang penulis berikan... Itu gelaran yang kawan kawan DSAI sendiri yang gelarkan iaitu YB Mat Sabu dan YB Karpal Singh...
Walaupun DSAI mungkin bukannya seorang peliwat, yang jelas beliau meliwat orang "Melayu/Bumiputera" apabila bersengkokol dengan DAP mempersoalkan hak Melayu/Bumiputera yang termaktub di dalam perlembagaan, mempertikaikan kuasa Sultan, Felda, instituisi mahkamah, SPRM, polis, guru dan laini-lain....
Jika tok-tok guru dihormati kerana mengajar dan menyampaikan kalimah Allah s.w.t, mana mungkin tok-tok guru pula yang perlu report kepada "peliwat"???
DSAI tak layak menjadi ketua pembangkang pun... Terbukti segalanya yang diceritakan hanyalah penipuan.... Kononnya PKR mempunyai ahli berjumlah sehingga lebih 400 ribu orang... Yang mengundi di pemilihan parti kurang dari 40 ribu orang... Rampasan kuasa 16 September terbukti tipu....
Islam liberal, kalimah Allah buat semua.... ini semua tidak selari dengan Pas....
Sementara MP PKR pula jauh lebih kurang berbanding MP Pas di parlimen... Lainlah kalau Salahuddin, Khalid dan Mahfuz nak keluar masuk PKR... Yang pasti mereka bertiga ini lebih "secocok" dengan PKR berbanding Pas!!!
Salam bro.
ReplyDeleteSaya setuju...samada Nuar Berahim seorasng peliwat atau tidak dalam kehidupab peribadinya, tetapi dalam kehidupan politik dia memang meliwat bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Jangan beri muka pada makhluk perosak ni, lagipun sekarang dia sudah terbukti ditolak dan ditinggalkan.
DS najib perlu terus mara ke hadapan untuk menghadapi dan menghalang cita-cita pembangkang menubuhkan Ketuanan DAP di tanahair kita.
Kita tiada pilihan.