bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Jan 2011

PRK Tenang - Teka-teki Calon Pas Sudah Terjawab!!!

PAS umum Exco Muslimat pusat calon kerusi DUN Tenang

TERKINI @ 11:46:31 PM 16-01-2011
January 16, 2011
 
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Exco Dewan Muslimat PAS pusat Normala Sudirman dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Pemilihan Normala, 38, seorang guru sekolah menengah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis malam ini.

Ini kali pertama PAS menurunkan seorang wanita bertanding dalam pilihan raya kecil sejak Mac 2008.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang adalah yang ke-14 selepas pilihan raya umum ke-12. Sebelum ini kedengaran Barisan Nasional juga akan menurunkan calon wanita. Ketua Dewan Muslimat kawasan Labis juga merupakan muka baru dalam pilihan raya.

Beliau dipilih daripada kalangan lima nama yang disenaraipendekkan oleh jawatankuasa kerja PAS pusat awal minggu lalu. Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor. Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya Rabu ini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3