bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Jan 2011

PRK Tenang - Guna Kepala Surat Perkasa Ugut Kaum Cina, Taktik Kotor Pembangkang???

PERKASA nafi keluar surat ugutan kepada pengundi Cina di DUN Tenanghttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/PERKASAnafikeluarsuratugutankepadapengundiCinadiDUNTenang/Article
2011/01/16

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan 'desperado'.

"Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini. Individu atau puak yang melakukan perbuatan ini sengaja mahu memburukkan nama Perkasa atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menguna nama Perkasa sebagai alasan. Ianya perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal.


Komen Isac;

Walaupun bukan sebuah parti politik, Perkasa sering dilihat sebagai pendesak yang mempunyai matlamat yang seiring dengan Umno di dalam mempertahankan akta 153 perlambagaan negara di dalam mempertahankan hak orang Melayu/bumiputera dan Raja-raja Melayu.

Jadi sebarang ugutan yang mereka buat (jika benar) pastinya akan memberi kesan yang negatif kepada Umno.  Justru amatlah tidak munasabah jika ugutan-ugutan sebegitu itu dikeluarkan oleh Perkasa di mana kesannya akan lebih menguntungkan Pakatan.

Dalam menghadapi PRK perkara sebegini telah menjadi satu kebiasaan di mana pihak-pihak yang berkepentingan akan "memfitnah" Umno/BN demi untuk meraih undi.

Ini adalah kerana mereka sememangnya tiada kekuatan untuk berdiri sendiri, jestru fitnah, tohmahan dan strategi licik sebegini akan digunakan sebagai senjata utama!!!

1 comment:

  1. Salam bro,
    taktik kotor macam tu pernah digunakan oleh pengganas Jepun semasa hendak mendarat di Johor dulu...mereka akan berenang dari belah Pulau Temasek dan hanyut bersama-sama dengan sampah atau rumput yang hanyut yang terapung di sepanjang Selat Tebrau dan apabila sudah dekat dengan lokasi yang perlu utk mereka mendarat maka mereka akan segera bertindak sekiranya keadaan selamat atau tiada sebarang kawalan..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3