JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya. Berita penuh klik sini.
Komen Isac;
Al-Fatihah untuk arwah dan takziah kepada keluarga.
Bukan mahu menambah derita keluarga arwah... Tetapi masyarakat kita perlu berbuat sesuatu... Kita kena kembali seperti dahulu... Hidup bergotong-royong, bantu-membantu serta tolong menegur anak-anak jiran tetangga.
Kalau dahulu jika anak ditegur, malah didenda oleh jiran kerana nakal, ibubapa mengucapkan terimakasih. Sekarang jika didenda guru, guru pula yang diserang oleh emak-bapak, jika ditangkap polis, polis pula yang dimusuhi... Maklumlah emak-bapak berpangkat besar, tahu undang-undang... Ada pula peguam-peguam yang mahu menonjolkan diri kononnya pejuang hak kemanusiaan, kononnya diri mereka lah yang pandai....
Tapi bila sudah jadi sebegini, menangis air mata darahpun tak berguna.... Selalu kita dengar jika polis menembak remaja yang terlibat dengan jenayah rompakkan, maka pihak keluarga pasti tidak dapat menerimanya dan memberikan alasan anak mereka tiada rekod jenayah...
Maka ahli-ahli politik pun sama-samalah sibuk "enter frame"....
Sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, pastikan anda tahu siapa kawan-kawan anak anda... Pastikan anda tahu di mana anak anda berada, apa yang mereka buat, apa yang mereka suka...Juga pastikan anda mengenali "budi pekerti" mereka...
Polis memang salah...kenapa Polis tak ada di rumah arwah sebelum kejadian berlaku. Polis sepatutnya tahun bila kejadian seperti itu hendak berlaku. Polis boleh mecegahnya dengan hadir ataupun ada di rumah tersebut.....
ReplyDelete