bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jan 2011

Otak Seorang Tok Guru Yang Meninggal Dunia 70 Tahun Dahulu Tak Reput Dimamah Bumi???

Otak milik pendakwah

SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.

Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.
 
“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.

Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.

Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.
 

Komen Isac:

Subhanaullah..... Begitulah kebesaran Ilahi. Otak yang dah dikebumikan hampir 70 tahun yang lalu tetapi kerana Allah mahu memuliakan hambanya, otak Tok Guru itu tidak reput sebagai mana janji Allah.

Itulah janji Allah, jenazah para rasul, nabi, wali dan alim ulamak akan dipelihara.

Semoga kita mendapat peluang yang sama. Mudah-mudahan tok-tok guru yang kita ada juga akan mencapai taraf seperti Tok Guru di atas.. Kerana jikaTok Guru menyeleweng maka kita semuapun akan "sesat" sama!!!

























3 comments:

  1. subhanallah, semoga kita juga dilindungi daripada tipu daya golongan PAS, pendusta besar di zaman ini.

    ReplyDelete
  2. NASIB BAIK MASA TU PAS TAK ADA LAGI. KALAU TAK JADI MODAL KEMPEN DI TENANG. YE LAH..DIA ORANG MANA ADA BAHAN ATAU ISU. ITU YANG BUAT MACAM MACAM. NAK SURUH SPR TEGUR. BOLEHLAH DIA ORANG TARIK DIRI. BOLEH JAJA MERATA ' DEMOKRASI TELAH MATI' BUAT MODAL PRU 13.
    KALAU TAK DIA ORANG MEMANG TAK ADA MODAL..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3