bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Jan 2011

Saban Tahun Sebahagian Daripada RM 10 Billion Masuk ke Kantung "Perompak Subsidi" - Apa Peranan Anda???

Teliti subsidi agar sampai kumpulan sasar

16/01/2011 3:55pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm
BACHOK 16 Jan. - Subsidi besar kerajaan sehingga melebihi RM10 bilion setahun sedang diteliti semula oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri supaya ia benar-benar sampai ke kumpulan sasaran iaitu golongan yang benar-benar layak menerimanya. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan tidak mahu sebahagian subsidi yang besar itu turut dirasai nikmatnya secara berpanjangan oleh rakyat asing menerusi penyeludupan di kawasan sempadan disebabkan perbezaan harga yang sangat ketara.

"Kita sedang mencari satu kaedah terbaik bagi membendungnya seperti yang dilakukan oleh kerajaan terhadap subsidi minyak RON95 (subsidi untuk rakyat tempatan) dan RON97 (mengikut pasaran antarabangsa),” katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara penyampaian bayaran elaun sara hidup nelayan Bachok di IKBN, Tangok di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, jika kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi membendungnya ia akan merosakkan ekonomi negara secara jangka panjang.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan subsidi untuk nelayan tidak akan dikaji semula disebabkan kerajaan sedar keperitan hidup nelayan yang tidak mempunyai pendapatan tetap terutama ketika menghadapi musim tengkujuh mereka tidak dapat turun ke laut. - Bernama


Komen Isac;

Apa peranan kita sebagai rakyaat yang bertanggung-jawab??? Kementerian Hal-ehwal Penguna, juga perlu menawarkan hadiah untuk sesiapa yang melaporkan penyelewengan ini juga untuk kegiatan seludup barang kawalan.

Penulis teringat masa kecil dahulu ada iklan supaya dibuat laporan jika terserempak atau mempunyai makluman berkaitan dengan kegaitan menyembunyikan barang kawalan, melalui iklan "komplot sorok" di siaran tv RTM.

Bayangkan betapa "kayanya" mereka yang menyalah-gunakan subsidi ini??? Yang jelas akan merugikan rakyaat dan negara.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3