Selepas lama menyepi, bekas saksi pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun 1999, Ummi Hafilda Ali Khamis buat laporan polis minta siasat dan bongkar semula jenayah serta konspirasi terancang Anwar, Azmin Ali dan sekutu mereka.
“Saya mahu membersihkan semula nama baik saya yang telah tercemar dengan berita-cerita dahsyat akibat fitnah terancang mereka,” katanya.
Manakala tindakannya mengemukakan saman terhadap akhbar dan blogger pula sebagai memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih beretika dalam membuat sebarang tuduhan.
Komen Isac;
Bagaimana peribadi Umi telah teruk diserang, difitnah dengan begitu terancang demi untuk merosakkan imej dan integriti beliau sebagai saksi di mahkamah....
Sewajarnyalah mereka yang bertanggung-jawab ini diberikan hukuman yang setimpal.
Seperti suatu petunjuk dari Allah s.w.t, baru-baru ini seorang saksi yang dahulunya pernah mendakwa telah meniduri Umi, didapati telah murtad dan cerita ini terbongkar apabila anaknya membawa bekal makanan sosej babi ke sekolah...
Orang ini dahulunya digunakan untuk merosakkan imej Umi, sangat rapat dengan DSAI dan pernah beberapa kali bertanding pilihanraya atas tiket PKR. Ini baru suatu contoh...
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.