Nampaknya kerajaan perlu memikirkan cara alternatif di dalam memberikan subsidi barangan kepada rakyaat Malaysia...
Bayangkan jika minyak masak kelapa sawit yang dijual RM 15.35 di pasaraya-pasaraya boleh "lesap" dalam sekelip mata...
Mana tidaknya selain mungkin "dicolek" oleh pemborong, peruncit dan juga pengguna yang menjangkakan akan berlaku kenaikan harga, harga minyak masak ini di luar negara yang dijual pada harga sekali ganda iaitu lebih kurang RM 30.00 membuatkan minyak kelapa sawit menjadi antara komoditi "berharga" untuk diseludup ke negara jiran.
Bagi mereka yang mempunyai saudara-mara atau kawan-kawan yang berniaga berhampiran sempadan negara seperti Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pasti fenomena menyeludup barangan bersubsidi seperti minyak masak, tepung, gula, gas LPG, diesel, petrol dan lain-lain lagi adalah suatu perkara yang biasa.
Persoalannya sampai bilakah kita mahu "menyara" mereka ini sehingga kaya-raya???
Kerajaan perlu berbuat sesuatu!!! Mungkin subsidi-subsidi ini perlu ditarik-balik dan penjimatannya dipulangkan semula kepada rakyaat dalam bentuk wang sara-hidup kepada mereka berpendapatan rendah, pengangkutan awam percuma, sekolah percuma 100%, asrama percuma, yuran universiti percuma, perubatan percuma dan lain-lain lagi...
msia pengeluar minyak utama dunia..
ReplyDeletetp bekalan dlam negara snd ntah ke mana .
Tan Sri Isa kena pastikan felda keluarkan lebih bekalan ini..