bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Jan 2011

Cina Islam Dakwa Petrol Ron 97 Lebih Jimat Berbanding Ron 95??? Betul ke???


Pada bulan lepas, blog "Cina Islam" klik sini, ada memberikan posting bahawa kononnya petrol Ron 97 lebih menjimat dari segi perbatuan (millage). Penulis ada membuat pertanyaan dari mana kajian tersebut di ambil, kerana sekiranya benar maka walaupun harganya sedikit lebih mahal tetapi dari segi jumlah perbatuan jarak yang dihasilkan oleh sejumlah wang yang sama mungkin sama.

Jestru jika benar, tak payahlah kita berebut-rebut untuk menggunakan petrol Ron 95. Apapun kerana tiada jawapan diberikan, maka penulis telah melakukan ujikaji sendiri dua minggu yang lalu .

Dalam perjalanan pulang ke Kelantan penulis yang menggunakan kereta import berinjin "light turbo" 2.0 liter telah mengisi  64.3 liter petrol Ron 95 x  RM 1.90 = 122.17. Keseluruhan perjalanan yang dihasilkan termasuk bersiar-siar di sekitar KB dan kawasan berhampiran adalah 770km

Dalam perjalanan balik semula ke Johor setelah mengisi petrol Ron 97 sebanyak 64.3 liter juga jarak perjalanan yang dilalui termasuk beberapa hari pergi-balik pejabat hanyalah sejauh 620km. ( 64.3 x RM 2.30 = 147.89  )

Secara matematiknya adalah lebih menjimatkan jika menggunakan petrol Ron 95 berbanding Ron 97 dan analisanya adalah seperti berikut;

i)Penjimatan wang = 147.89 - 122.17 = RM 25.72 (21%)

ii)Lebihan Perbatuan Pula = 770 - 620 = 150km (24%)

Banyak tu...

Walaubagaimanapun ujikaji sebegini bukanlah ukuran sebenar dan tidak boleh dijadikan sebagai panduan hakiki ... Faktor sekeliling dan luaran juga perlu diambil kira.

Walaupun masa perjalanan hampir sama iaitu lebih kurang 7 jam, tetapi dalam perjalanan pulang ke Kelantan iaitu pada hari Khamis 23/12/2010, trafik amat kurang juga hujan sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kelantan. Jestru kereta telah dipandu pada kelajuan konsisten dan kurang memecut serta kurang memberek (kurang memotong). Sebaliknya dalam perjalanan balik semula ke Johor (26/12/2010), cuaca cerah dan trafik agak banyak, jestru kelajuan kenderaan tidak konsisten kerana perlu banyak memotong dan memberek.

Jika mahu dijadikan ukuran ataupun panduan, ujikaji sebegini sepatutnya perlu dilakukan di dalam persekitaran yang terkawal, contohnya dilakukan di litar lumba di mana tiada gangguan daripada kereta lain yang perlu dipotong yang akan memberikan kesan dari segi kekerapan memecut dan memberek, dalam keadaan cuaca yang sama, keadaan permukaan jalan yang sama, berat muatan yang sama dan mengurangkan lain-lain faktor luaran yang boleh menggangu ujian ini.

6 comments:

  1. Semestinya yang murah dan berkualiti lebih menjimatkan.

    Hanya kerana sesuatu produk itu lebih murah, tak bererti kualitinya juga rendah.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,

    Biar betul bro.... Harga minyak R95 bukan RM 2.30 dan bagitu jugak R97 bukan RM 1.90.
    Bila buat perbandingan kena hati2, nanti kena boo......

    ReplyDelete
  3. dino.yp@gmail.com6 January 2011 at 14:54

    cina islam nak cari populariti dan nak politikkan semua isu...kalau lipas mati tepi jalan pun dia nak politik kan...

    ReplyDelete
  4. hahaha...

    senang je...pakai jela minyak 95..sekali-sekala pakaila 97

    kalo duit takde is je 95..yang koya sangat nak isi 97 buat pe..hanya yang mmpu je bley paki 97

    hanya yang mampu je bley duk hospital swasta..except ko ade insurans..hehehe

    tujuan nye senang...

    dah taw minyak mahal.toksahlah dok press minyak kaw..

    97 hang tekan minyak lambat pegi sedap...

    95 hang tekan..mencunak minyak turun..pegi pun oklah..playsafe nih

    yang penting..bwk slow..minyak pun xluak..jgn jadi mcm2 mat jakun br dapat lesen..

    cukup time tak gerak la kete die..jalan kaki g buat demo..

    hahahahahahha

    ReplyDelete
  5. Ada artikel politik mengenai DUN Tenang? :) Hantarkan kepada kami di yenshiro@gmail.com atau hubungi kami di ruangan komen blog DUN Tenang di http://n5duntenang.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Ada artikel politik mengenai DUN Tenang? :) Hantarkan kepada kami di yenshiro@gmail.com atau facebook page:http://www.facebook.com/pages/PRK-N5-DUN-Tenang/184847584874021 atau di blog PRK N5 DUN Tenang di http://n5duntenang.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3