bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jan 2011

Lagi Peruntukkan Buat Peneroka Felda!!! Membuatkan Pakatan/DAP Semakin Cemburu???

Najib umum RM1.6 bilion untuk pembangunan FELDA

2011/01/18



LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi pembangunan FELDA dan agihan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Johor yang akan dibangunkan dengan kos prasarana sebanyak RM8.5 juta.


Komen Isac;

Peneroka Felda majoritinya adalah dari kalangan orang-orang Melayu/bumiputera yang rata-rata hidup melarat di kampung-kampung mereka sendiri. Apabila menyertai Felda berbagai-bagai kemudahan yang mereka terima.

Dengan berbagai-bagai peluang yang dinikmati, seperti hak-milikan tanah ladang sehingga 10 ekar, tapak rumah dan rumah, asrama Felda untuk anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah terpilih di bandar-bandar besar, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti awam dan swasta, khairat kematian, insuran nyawa, peluang berniaga di bandar-bandar Pusat Jengka, peluang menjadi pengusaha SME dan lain-lain, pengumuman terbaru Dato' Sri Najib pastinya membuatkan Pakatan terutamanya DAP tak senang duduk kerana dakyah mereka selama ini bahawa Felda menindas peneroka, ternayata hanyalah pembohongan semata-mata!!!

Kini generasi kedua yang "tidak berpeluang melanjutkan pelajaran" pula dibantu oleh kerajaan dengan berpeluang mendapat tanah-tanah Felda milik mereka sendiri. Masih lagi mahu menuduh kerajaan menzalimi peneroka???

Pakatan/DAP dengki sebenarnya???




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3