bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Jan 2011

Laptop Dah Terbakar!!! Bumiyang Bakal Ditutup???

Hari ini penulis demam, sebab itulah posting pun cuma satu...Posting semalampun sebenarnya telah dibuat terlebih dahulu dan dipostingkan secara berjadual... Walaupun bercuti sakit penulis sempat juga menyiapkan tender di rumah... Zaman sekarang kerja boleh dibuat di mana-mana. Asalkan ada laptop, line internet dan telefon.
Seperti biasa laptop memang jarang ditutup, nak dijadikan cerita tahu-tahu laptop penulis dah "terbakar", "carging" tak masuk. Pengecas hanya berkelip-kelip setiap kali pinnya dicucuk kepada laptop. Sebaik sahaja kuasa beteri habis maka terus tak boleh nak dicas semula. Nak dihantar untuk dibaiki di bandar kecil seperti di tempat penulis tinggal tak ada yang pakar.

Penulis dah pun menelefon kedai komputer di Kuala Lumpur, tetapi yang pasti ianya hanya boleh dibaiki selepas Tahun Baru Cina, kemungkinan besar "mother board" nya perlu diganti.

Nasihat penulis kepada pembaca, belajar-belajar lah tutup laptop kalau ianya tidak digunakan, untuk mengelakkannya terbakar!!!.... Kalau guna PC mungkin boleh ditambahkan "fan" tambahan ataupun menggunakan "liquid coolant".
Sementara laptop penulis dibaiki, mungkin posting akan terpaksa dikurangkan.  Apapun perjuangan menegakkan kebenaran demi agama, bangsa dan negara tetap akan diteruskan selagi hayat dikandung badan...

10 comments:

  1. salam......

    aku lagi terbakar....nak beli laptop terbaik tak mampu lagi...yg ada desktop jer kat rumah...hehehe

    nak minta pendapat....laptop "ATOM" bawah rm1000 ok ker?

    ReplyDelete
  2. Biasanya laptop kena service 2 tahun sekali kalau tak sumbat dia punya pengudaraan. kalau computer dell try tekan butang ON 10 saat tanpa menggunakan adaptor, lepas tu sambung balik adaptor, lepas tu ON balik, kalau boleh ON dengan ada display cepat-cepat service dia punya FAN, kalau tak boleh ON juga, tu confirm Motherboard kaput, kalau harga repair 500 - 600 di sarankan beli baru je sebab kalau beli baru 1300 pun boleh dapat specfication yang bagus dengan ada warranty

    ReplyDelete
  3. ATOM tu kalau nak main-main kejap kejap ok lah kalau lama-lama sakit mata sebab screen kecik, kalau nak cari yan screen 12/13/14 inch tu memang cantik mata pun tak sakit

    ReplyDelete
  4. salam,
    cari compatible charger murah ckit, tngk bwh laptop tu bape input dc volt... lg satu jgn la gunakan cooling pad yg pasang bwh laptop tu sbb mnarik habuk lbih bnyk ke dlm m/board laptop tu..

    @jiwakita
    kalu netbook processor ATOM tu untuk digunakan minimal hour ngan application xde masalah tp kalau nk overlap hour tu x bape rekemen untuk ATOM tu sbb biasanya internal RAM netbook processor ATOM ni built in takut jadi over-static lak maksudnya RAM jnis die cast kat m/board tu payah gak kalau nk cuci pin ngan discharge static untuk RAM jnis built in nih..
    sekadar pandangan....

    ReplyDelete
  5. Adussss
    Nak bantu pun,LT saya pun P11..

    Huk Huk Huk sabo jer ler..

    ReplyDelete
  6. Terimakasih YB Raz

    Buat "Jiwakita" mini laptop dengan processor atom hanya bagus untuk kerja-kerja ringan. processornya agak slow.

    Jika tuan seorang blogger dan mahu membuka banyak spreed sheet/explorer dalam satu2 masa maka ia akan mengambil masa yang agak lama dan perlahan.

    Dari segi baterinya pula ia agak bagus kerana bateri litium ion nya boleh digunakan sehingga 3.5 jam.

    Nasihat penulis alang2 nak beli cari processor yang berkapaciti tinggi. Dia laju sikit.

    Klik sini untuk bantuan; http://www.computerwar.com.my/v07/?page_id=2

    Kalau nasib baik mana tahu tuan akan berjumpa Isac hantar baiki laptop. :)

    ReplyDelete
  7. Selamat mengodek komputer....tak kiralah apa pun top nya...desk ke, lap ke, janji mengetop ayat power nya...
    Terus Berjuang melawan pakatan hamprak...

    ReplyDelete
  8. Laptop lama tu jenis Acer 2920, screen 12 inci.

    Power laptop tu, laju. RAM pun dah upgrade 3 gigs. Dua minggu lepas, adaptor di kong. Maklumlah asyik kena lipat2...

    Kalau kena tukar mother board pun rasanya masih berbaloi.

    Baru bukak laptop tu tadi, memang banyak habuk...

    Kat office memang pakai cooling fan... Tak apa lain kali sesekali penulis akan vacum :)...

    Ni tengah pakai laptop Atom lah ni... Anak punya... :)

    ReplyDelete
  9. salam...

    bro...timakasih atas pandangan dan syor...

    ***blog sy tak aktif buat post...tapi komen2 kat
    bloger tegar@otai..sya kira aktif lah...orait bro?

    dan aktif layari blog tiap hari 7hari seminggu..hehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3