Dipetik dari Malaysiakini
Misi calon PAS di Bagan Pinang
Salhan K Ahmad Oct 4, 09 3:42pm
Salhan K Ahmad Oct 4, 09 3:42pm
Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong. Zulkefly dalam temubual dengan Malaysiakini di rumahnya di Port Dickson hari ini berkata isu tersebut akan dibawa oleh pertubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beliau akan turut diperjelaskannya kepada pengundi. "Jerit sudahpun turun untuk menemui mereka," katanya dan menambah perkara itu turut disentuh dalam ceramah Pakatan Rakyat dalam kempennya.Dalam ceramah di Markas PAS Batu 4 malam tadi, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan mendakwa, BN lebih senang mengambil sikap "menyusukan kera di hutan" dalam menangani tuntutan pekerja ladang berkenaan. Zulkefly menjelaskan isu berkenaan perlu diketengahkan kepada pengundi berpendapatan rendah di kawasan berkenaan yang didakwanya tidak mendapat perhatian oleh kerajaan BN.
Pantai tercemar -
Menurutnya lagi, beliau juga akan menemui keluarga nelayan di sekitar Batu 7, 8 dan 9 yang terjejas pendapatan mereka akibat buangan industri ke kawasan pantai berkenaan. "Mereka ini adalah nelayan pantai. Apabila pantai tercemar akibat pembuangan toksik, tangkapan mereka terjejas.
Artikel penuh sila rujuk link: http://www.malaysiakini.com/news/114176
Nenek Kamsiah ni tinggal tak sampai 500 meter dari rumah si Zulkefly calon PAS yang tak dikenali oleh orang Pas di Bagan Pinang sendiri, ye lah sampai poster pun salah nama, ini pasal tak kenal lah niduduk dekat macam ni pun dia tak nampak susah orang kampung dia sendiri, macamana dia nak sedar susah senang orang di Bagan PinangMasalah PAS ni dia asyik berceramah nak tunjuk salah orang lain samapi susah senang orang kampung dia pun dia tak ada masa nak ambik tahu
Dipetik dari blog kita anak melayu
Link;http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/10/nizar-apendiks-pecah-contoh-semangat.html
Komen Isac;
Tuan Zul, kot ya pun kalau nak tolong orang, tolonglah jiran awak tu sendiri dulu... Jangan asyik sibuk beri ceramah sana-sini aje....Masa nak jadi calon wakil rakyaat, barulah nak bercakap berdegar-degar...Kalau ikut pepatah Melayu pasal orang yang macam ini ialah yang berkaitan dengan pepatah ayam jantan. "berkokok berdegar-degar, ekor penuh taik". Ataupun macam pepatah budak-budak, "macam tong kosong, cakap aje besar, hasil tarak...."
Wahai penduduk Bagan Pinang, mengundilah dengan bijak...dan selamat mengundi.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.