Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah, Datuk R Ganesan berharap polis mengambil tindakan keatas ADUN DAP Tronoh V Sivakumar yang menyamar sebagai Speaker mengeluarkan notis panggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 28 Oktober ini iaitu tarikh sama dengan notis yang dikeluarkannya. "Sivakumar menyamar sebagai Speaker dengan menggunakan kepala surat pejabat Speaker untuk mengeluarkan notis itu. Saya pun sudah tiga kali buat laporan polis berhubung tindakannya itu. Saya harap pihak polis ambil tindakan," katanya.
Bercakap kepada wartawan di pejabatnya di Ipoh Rabu Ganesan memberitahu Sivakumar masih enggan memulangkan jubah Speaker yang disimpannya walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan ekoran itu, Setiausaha DUN Perak, Zamari Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis semalam
Beliau menjelaskan notis oleh bekas Sepaker Dewan Undangan Negeri semasa kerajaan Pakatan Pembangkang dulu memanggil persidangan dewan itu 28 Oktober ini dibuat tanpa mengikut Perintah Tetap 10 (1) DUN Perak, Menurutnya penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Sultan Perak dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta.
Ganesan berkata notis memanggil persidangan DUN ditandatangani oleh Setiausaha DUN Perak dan bukannya ditandatangani sendiri oleh Sivakumar yang mendakwa dirinya masih seorang Speaker. Sivakumar mengeluarkan notis itu selepas Ganesan menghantar notis memanggil persidangan DUN Perak pada tarikh berkenaan yang merupakan persidangan kali kedua selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Februari lalu.-21/10/2009
Komen Isac;
Jika benar beliau bersalah, tangkap sahaja. Aman sikit Perak.
Polis takut nak amik tindakan undang2 ker?????
ReplyDeleteKalau polis dah jadi pengecut siapa lagi nak diharap menjaa keamanan negara????????????? atau dah semakin ramai polis yang belok ke PKR?????
Desas desus mcm tu laaaa