bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Oct 2009

Syabas Rakyaat Bagan Pinang Kerana Berani Keluar Dari Kepompong dan Mewakili Rakyaat Malaysia Untuk Menolak Pakatan Pembangkang!!!!



Tahniah dan syabas kepada rakyaat Bagan Pinang kerana berani menolak Pakatan Pembangkang. Mungkin inilah juga suara majoriti rakyaat Malaysia, yang sebenarnya rata-rata menolak Pakatan Pembangkang dan masih sayangkan Umno.



Rayaat di Bagan Pinang telah bertindak seperti pepatah Melayu, "Sayangkan anak tangan-tangankan". Sebagai bapa memang menjadi tanggung-jawab kita untuk mendidik anak-anak kita agar tidak tersesat di dunia apa lagi di akhirat. Tetapi dalam masa yang sama, kita perlu menghukum mereka dengan tujuan untuk mendidik dan bukannya mahu mendera. Kepada rakyaat di Bagan Pinang, mereka dan Umno tidak dapat dipisahkan ibarat digi dengan lidah ibarat sungai dengan tebing..


Bagi mereka Tan Sri Isa telahpun menjalani hukumannya, pemecatan dari jawatan MB, Naib Presiden Umno dan di gantung 3 tahun keahlian sudah memadai, jestru itu beliau wajar diberikan peluang kedua. Cuma Pakatan Pembangkang yang melebih-lebih...Kalau boleh dan keputusan ditangan mereka, mungkin Tan Sri Isa mahu sahaja mereka sumbat ke dalam penjara ataupun digantung sampai mati.
Itulah Pakatan Pembangkang...Betapa kejam dan zalimnya mereka, jika Tok Wakil mereka yang melakukan kesalahan, tak payah dihukum, apa tidaknya bekas banduan pun boleh dijadikan ketua mereka. Tetapi kalau pemimpin Umno/BN, belanja makanpun menjadi suatu kesalahan besar bagi mereka, malah akan diwar-warkan satu dunia bahawa pemimpin tersebut adalah kaki rasuah.
Bayangkanlah jika mereka ini memerintah negara, jika Akta "ISA" itu zalim dan mereka dapat menghapuskannya kelak, maka sebagai gantinya nanti akan mereka wujudkan suatu akta lain yang bukan Akta "ISA" tetapi lebih "bapak" zalimnya dari "ISA".
Apabila Tan Sri Isa dipilih rakyaat, mereka menemplak dan mencemuh pilihan "Rakyaat" Bagan Pinang ini. Betul jugalah apa yang Tun Mahathir katakan, dalam kamus orang Melayu, perkataan "Pakatan" hanya digunakan jika membuat sesuatu yang salah atau tidak betul.
Pemimpin beginikah yang rakyaat mahukan? Rakyaat mana yang mereka maksudkan dalam "Pakatan Rakyaat" ? Mereka sengaja mahu mengabui mata rakyaat ataupun mahu menyedapkan hati mereka sendiri?
Rakyaat adalah pemilih/pemilik "kerajaan" bukan untuk ditemplak atau dihina sesuka hati, bila kita tidak terpilih.
Buat rakyaat Malaysia pilihlah dengan bijak dan jangan sekali-kali anda digula-gulakan dengan janji-janji manis yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.

2 comments:

  1. Salam Bro,
    Aku link-kan blog ini dari posting aku. Saat ini kau dahului satu langkah dihadapan dengan 18. Teruskan perjuangan ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  2. PAS telah dipersalahkan oleh regu-regu pakatan di atas kekalahan di Bagan Pinang. PAS hanya sekadar 'anjing kurap' dalam kumpulan mereka.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3