bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Oct 2009

Pas Tidak Ikhlas Dengan Penubuhan Sayap Bukan Islam???

Dipetik dari Malaysiakini
PAS tidak sepakat isu bukan Islam
Abdul Rahim Sabri Okt 20, 09 1:19pm



Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya. Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS. "PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.


Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut. Menurutnya lagi, iltizam itu juga bertepatan dengan ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru agar KPP diperkasakan dalam ucapan dasarnya di muktamar, Jun lalu. Diminta mengulas draf awal jawatankuasa teknikal, Nasrudin berkata beliau tidak pasti klausa atau peraturan akan dipinda atau ditambah. "Sekiranya tidak membabitkan polisi parti, ia hanya dibicangkan di peringkat PAS pusat "Tetapi jika melibatkan polisi parti, yang membabitkan pindaan perlembagaan, ia perlu kepada muktamar khas," katanya. Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.


Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan. Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti. Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti. Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam. Ahli jawatankuasa PAS - juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP - Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.



Komen Isac;


Hah...apa nak takut, kalau orang bukan Islam boleh mengundipun... dasar apa lagi yang mereka boleh ubah? Pas pun dah "tak mahu lagi" menegakkan negara Islam, apa yang nak dirisaukan lagi?


Orang-orang kafir sekutu Pas pun kini dah semakin pandai berhujah sambil menyelitkan ayat-ayat Al Quran...Mungkin sikit hari lagi mereka ni pun dah boleh menggantikan TG Nik Aziz yang dah semakin uzur tu...Lagipun sejak akhir-akhir ini Pas dilihat telah lebih liberal daripada Umno terutama di hak kesamarataan...


Jestru itu mengapa anutan agama mereka yang bukan Islam ini hendak perbesar-besarkan? Keikhlasan dan tujuan mereka hendak diragui? Bukankah dalam apa jua bentuk "perkahwinan" maupun "perkongsian", keikhlasan paling utama? Kita perlu menerima "pasangan" kita seadanya? Baik dan buruknya harus kita terima dengan ikhlas, jika tidak sesuatu "perkahwinan/perkongsian" itu tidak akan kekal lama. Umpama retak yang menanti belah ataupun bolehlah disamakan nasib "ikatan" itu seperti telor di hujung tanduk....Ataupun bolehlah kita katakan yang Pas sudah pandai main opera cina.




1 comment:

  1. Salam, setuju sangat dengan komen Tuan, apa nak pikir-pikir lagi, dah lama orang tahu PAS bukan minat lagi nak teruskan perjuangan Islam, yang penting melhat UMNO berkubur, dapat jawatan dan kuasa.......bubar sajalah perlembagaan PAS yang ama tu.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3