DUN Bagan Pinang: Persaingan satu lawan satu BN-PAS
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PORT DICKSON: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil, Abdul Wahab Shamsuddin selepas tempoh bantahan ditutup pada pukul 11 pagi tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang setelah masa penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi tadi. Pada pilihan raya kecil tersebut, BN diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohd Omar.
Abdul Wahab berkata Mohd Isa menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi manakala Zulkefly berbuat demikian seminit kemudian.
Komen Isac;
Gong perang telah dipalu. Maka peperangan pun bermula. Bak kata TGNA, politik ni umpama peperangan, jestru itu berpolitik kena guna tipu muslihat...Dah Tok Guru cakap macam tu... Apa lagi anak-anak buah dia pun mengalahkan bapak ketamlah...Habis Tok Guru tu apa?
Datuk ketam lah agaknya....Bukan apa-apa, saya hormat yang tua. Yang dah tua....Walaupun masih nak jadi MB, Isac tetap panggil dia dengan panggilan "Datuk" ataupun "Atok", sebagai tanda hormat.
Bagilah alasan apapun...Bagi Isac menuduh orang tanpa dibawakan saksi, dalam Islam ia tetap suatu fitnah. Fitnah itu dosanya lebih dahsyat dari membunuh.
Sesuatu fitnah, jika diucapkan berkali-kali dan disampaikan dengan sistematik orang ramai akan menerimanya sebagai suatu yang benar. Jika fitnah dan "membogelkan" aib lawan pun, demo ni nak guna sebagai modal tipu helah berpolitik, baiklah gugurkan sahaja perkataan "Islam" daripada nama parti dia orang ni. Memalukan Islam aje...
SALAM .. fitnah memfitnah dah jadi perkara biasa politik Malaysia..tak taulah kemana perginya budi-bahasa dan nilai-nilai bangsa yang dulunya sangat tinggi adab dan budayanya
ReplyDelete