Oct 1, 09 7:54pm
Foto: Gambar Ikan Paus - Hanya Sebagai Hiasan.
Sekumpulan ikan paus dilihat oleh penduduk berhampiran pantai Port Dickson, lapor dua akhbar berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily. Kehadiran ikan-ikan tersebut dipercayai yang pertama di situ yang mungkin ada kaitan dengan gempa bumi yang melanda Sumatera dan kawasan Pasifik Selatan. Seorang saksi - yang dikenali sebagai Zamli - dipetik berkata beliau ternampak ikan paus itu ketika minum teh di gerai makan di tepi pantai itu.
Katanya, kumpulan ikan itu kelihatan berada kira-kira 1.5km dari pantai."Pada mulanya saya menyangka ianya hanya ikan-ikan besar, tetapi bila diamati, saya perasaannya ianya ikan paus," katanya.Menurutnya, terdapat lebih 10 ikan paus dalam kumpulan tersebut."Mereka kelihatan seperti mengejar satu sama lain," katanya kepada Sin Chew, sambil menambah ini adalah kali pertama ikan paus dilihat di Port Dickson. Manakala penduduk lain pula memberitahu Nanyang bahawa selain ikan paus, mereka juga ternampak ikan lumba-lumba dekat pantai. Nelayan Su Ya Wah yang ketua kampung Kuala Lukut, berkata kehadiran itu ikan paus itu adalah sesuatu yang amat ganjil.
Ikan paus pun datang nak sokong Umno/BN di Bagan Pinang. Mungkin dia orang tu tersesat dek gempa baru-baru ni... Ikan paus ni dia orang punya "sonar" (boleh baca gelombang) dahsyat, mereka boleh berhubung walaupun seekor ada kat Lautan Pasifik dan Seekol lagi kat Lautan Atlantik. Gempa bumipun akan menerbitkan gelombang, jadi mungkin dia orang ni terkeliru agaknya, ataupun menumpang teduh.
Gempa bumi tu dapat dirasai sehingga ke Kelantan, adakah ini menandakan amaran dari Allah s.w.t kerana "Kelantan" (TGNA) menolak penyatuan ummah dan mengamalkan budaya fitnah dan caci-maki? Ya lah Kelantan kan ke jauh dari Sumatera, kalau negeri-negeri di sepanjang pantai barat semenanjung yang mengalami gegaran, taklah menghairankan...
Tapi yang jelas Malaysia merupakan negara pertama yang menghantar bantuan dan pasukan penyelamat ke Padang, Indonesia. Ini juga suatu lagi kebesaran Ilahi, Kerajaan Malaysia yang dicaci begitu teruk sebelum ini, oleh segelintir rakyaat Indonesia gara-gara isu tarian Bali, ternyata tidak berdendam sebaliknya menjadi negara pertama yang menghulurkan bantuan. Itulah gunanya berjiran, jangan cepat melenting jika berlaku sesuatu kerana jiran yang "baik" akan menolong kita jika kita ditimpa kesusahan. Jadi janganlah menyakiti hati jiran kita...
Lagipun kita ni adalah serumpun, berasal dari alam Melayu yang hanya dipisahkan oleh sempadan geografi yang ditinggalkan oleh penjajah.
Adakah kita nak tunggu sampai kita ditelan bumi baru kita nak bersatu?
UMNO tak boleh kalah lagi. UMNO akan buat apa saja termasuk menipu dan merasuah untuk menang di Bagan Pinang.
ReplyDeleteJika tiada penipuan dan rasuah, dah lama UMNO dikuburkan. Cuma orang bodoh saja yang sanggup melibat diri dalam perkara-perkara mungkar seperti ini dengan menyokong UMNO. Jangan campak diri anda dalam kebinasaan.....
Jaga2 ikan paus membawa khabar gembira/buruk..
ReplyDeletemungkin amaran tsunami / amaran gempa..