Dipetik dari Web Tabika Kemas
Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun.
Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Konsep Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis).
Komen Isac;
Jika kita perhatikan sejak 2 dekat lalu, golongan pertengahan Melayu telah semakin meminggirkan Tabika Kemas. Mereka bersama-sama masyarakat atasan Melayu lebih gemar menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas tadika India/Cina yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Malah ada yang menghantar anak-anak mereka ke Tadika Antarabangsa yang dikelolakan oleh warga asing.
Tidakpun sesetengah mereka lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke TASKI milik Abim mahupun Pas, kerana mengharapkan agar anak-anak mereka ini akan mendapat pendidikan agama yang lebih sempurna dari peringkat awal. Secara zahirnya memang niat mereka ini baik, mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, samada penguasaan bahasa Inggeris, berintegrasi dengan anak-anak dari kaum-kaum lain ataupun arif dalam ilmu agama (untuk mereka yang ke TASKI).
Masalahnya tadika-tadika aliran Inggeris ini, sudah pastinya tidak akan menitik-beratkan jatidiri sebagai anak-anak orang berketurunan Melayu kerana pemiliknya adalah kaum-kaum lain dan untuk sesetengah TASKI pula, anak-anak ini tadi akan diajarkan dengan pemikiran politik yang sempit, contohnya supaya membenci pemimpin-pemimpin negara yang kononnya tidak Islamik.
Bayangkanlah anak-anak yang berumur 4-6 tahun ini sudah diajar membenci pemimpin-pemimpin negara ataupun tidak mengenali jatidiri bangsa sendiri. Tidak cukup dengan itu, anak-anak ini tadi akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah-sekolah swasta yang sama alirannya bahkan sesetengahnya pula akan terus melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jestru itu tidak hairanlah apabila mereka ini kembali ke tanahair nanti, mereka akan lebih sinikal daripada DAP dalam mempertikaikan DEB, Umno, ISA, MERITOKRASI, GLC dan lain-lain perkara yang berhubung-kait dengan survival orang-orang Melayu.
Jestru itu Tabika Kemas memerlukan nafas baru dan penjenamaan semula. Sasaranya bukan lagi hanya untuk memberikan pendidikan awalan kepada masyarakat kelas bawahan kerana sememangnya yurannya begitu rendah, tetapi ia juga perlu mensasarkan semua golongan. Jika ini dapat dilakukan penulis percaya integrasi Nasional pasti akan lebih mudah tercapai. Jika kaum-kaum lain juga menghantar anak-anak mereka di Tabika Kemas, mungkin sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina & Tamil) boleh dimansuhkan.
Yang penting Tabika-tabika Kemas perlu berubah;
1) Guru-gurunya perlulah mendapatkan pendidikan formal untuk mengajar anak-anak pra-sekolah. (Buat masa ini, ramai guru-gurunya hanya main tangkap muat).
2) Silibusnya perlukan nafas baru.
3) Pengajaran Bahasa Inggeris perlu diperbanyakkan.
4) Pendidikan Agama untuk murid-murid Islam & Moral untuk yang bukan Islam perlu seimbang.
5) Sejarah penubuhan negara dan semangat cintakankan negara dan pemimpin juga perlu diselitkan.
6) Pengenalan tentang IT
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, gunakanlah Tabika Kemas sebaik-baiknya kerana di "Tadika" disitulah bermulanya semuanya.
Tidak hairanlah jika Pas telah giat menubuhkan TASKI mereka sejak 30 tahun yang lalu....Hasilnya lihatlah sekarang.
11:45PM
Menurut maklumat terbaru, guru-guru di Tabika Kemas, kini sedang mengikuti kursus peringkat diploma secara berperingkat-peringkat dengan kerja sama pihak UPSI sejak 2 tahun yang lalu. Kursus yang diikuti dalam musim cuti.
taruk la..bendera umno kat tadika tu...
ReplyDeletemudah-mudahan nanti dah besar undi umno..kah..kah.kah
Salam, kawan setuju dengan pandangan tuan KEMAS perlu berbuat sesuatu yang lebih kehadapan untuk mendidik anak-anak ke atah yang lebih cemerlang...
ReplyDeleteCupingmerah, UMNO bukan mendidik anak-anak membenci sesama manusia macam PASTI yang mengasuh jiwa anak-anak Islam membenci sesama Islam, buka mata dan telinga, mungkin juga cupin merah pernah dapat didikan dari puak khawarij ni......
Setuju dengan pendapat bro,
ReplyDeleteTabika Kemas dan Tadika Perpaduan perlu diperkasakan.
Masih ingat dahulu, tadika inilah sebagai langkah pertama anak-anak menuntut ilmu.
Tetapi sekarang dengan pendidikan pra-sekolahan menjadi satu industri menguntungkan maka lambakan pra-sekolah dapat dilihat dimerata tempat.
Bukan salah guru tabika tetapi mekanisme perlaksanaan kementerian bertanggungjawab gagal diimplementasi dengan baik.
Tarbiyah ala-PAS di PASTI dan TASKA untuk Abim lebih kepada pembinaan asas permulaan fahaman ekstrimis mereka atas topeng Islam.
Tidak hairanlah mereka mengekspolasi budak-budak ini setiap kempen pilihanraya dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia daripada disembur air hikmah water cannon FRU.
Perkasakan Tabika Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) dan Tadika(taman didikan kanak2) Perpaduan(Jabatan perpaduan Negara). Inilah re-genarasi sebenar seperti yang dicanangkan Shahrizat Jalil. Kementerian awak kena bertindak, jangan pandai cakap sahaja..!
Kepada yang prejudis kepada Taski ABIM lebih baik teliti kurikulum dan fahami objektif penubuhan Taski tu sendiri. Elakkan dari menyampaikan berita yang tidak benar, semoga selamat dari lubang neraka.
ReplyDelete