bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Oct 2009

Pas Tukar Skrip Dari Kena Tetak Kepada Kena Pukul!!!

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin
Dipetik dari Harakahdaily Fri Oct 09, 09 9:19:50 pm MYT


TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.



(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)


"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.


Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.


Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas. Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.


Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS. PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.


Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun. Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang. Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.


Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.


Berita lanjut sila lihat di;





Komen Isac;



Mmm...Hari tu yang kecoh pasal kena tetak....Sekarang cerita lain pulak....Tukar skrip ke....Yang kena tetak tu baru tahu dia tu kebal, jadi dia tak mahu publisiti agaknya takut orang kenal...Mungkin dulu dia ada makan muntah hantu, macam badang....Filem lakonan aktor Wahid Satey....


Yang kena pukul tu pulak....Kalau X silap saya lah...dari pemahaman saya membaca ayat dalam artikel Harakah di atas tu, dia sebenarnya tak kisah sangat adik dia tu kena pukul....Yang dia marah pasal motor dia kena rampas...Apasal lah X report polis aje...Ingat dah kuat sangat ke? Ayaupun kebal jugak ke? Ataupun hebat macam hero Tamil boleh lawan satu kampong? Kalaupun betul kena pukul...sendiri yang cari pasal....Bak kata TGNA "Kalau wanita, dah sendiri bukak-bukak, jual murah...Kalau kena rogol, padan muka"....
Dalam kes ni, kalau dah sendiri cari pasal kena pukul, tanggung sendirilah....Saya cuma sampaikan aje...Tok Guru yang ajar....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3