bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Oct 2009

Penyokong PAS Serang Penduduk Bagan Pinang Gara-gara Diminta Alih Kenderaan Menghalang Jalan Ke Rumahnya...

Dipetik dari Agenda Daily

Orangramai yang lalulalang di jalan dari Port Dickson ke Teluk Kemang Khamis malam kebanyakannya menyumpah kerana ‘tak pasal-pasal’ berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Ia adalah satu-satunya jalan utama tepi pantai antara kedua tempat. Punca semata-mata kerana PAS membuka markas besarnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang di tepi jalan di Batu 3. Diseberang jalan itu ialah Hotel Avillion dan tidak jauh dari situ ialah Masjid Bagan Pinang. Perbuatan para ahli dan penyokong parti itu meletakan kenderaan mereka sepanjang jalan di situ dan juga kegiatan perniagaan ala pasar malam yang dibuka di situ tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyebabkan berlaku kesesakan itu.

Ia dijangka menjadi lebih buruk pada Jumaat malam dan Sabtu malam bilamana semakin ramai penyokong PAS dan juga BN bertumpu ke Port Dickson. Begitu juga kedatangan orangramai ke kawasan peranginan ini pada hujung minggu. Seorang penduduk tempatan yang ditemui merungut melihat kesesakan lalulintas yang berpunca kerana markas besar PAS itu. Katanya mereka tidak peduli langsung kesusahan yang perlu dilalui oleh ribuan orang yang lalulang di jalan utama yang penting itu. “ Inilah wajah parti yang guna nama Islam untuk politik...bila contohnya pihak majlis perbandaran bertindak mereka terus akan dakwa kerajaan zalim dan segala dakwaan buruk lain,”katanya.
Menurutnya apa salahnya mereka buat markas itu di tempat lain dan tidak menyusahkan para pengguna jalan. Katanya mereka sentiasa bercakaap tentang undang-undang dan kerajaan tak betul tetapi mereka sendiri tidak pernah pedulikan tentang undang-undang dan berniaga di tepi jalan itu sesuka hati. Sementara itu perbuatan ahli dan penyokong PAS meletakan kenderaan mereka sesuka hati di merata tempat mencetuskan insiden pergaduhan kecil di situ. Ia berlaku pada jam 9.30 malam semasa kesesakan lalulintas itu memuncak. Seorang penduduk tempatan Alias Haji Ali telah diserang oleh enam orang penyokong PAS bila beliau meminta mereka mengalihkan kereta di depan rumahnya yang terletak dekat Masjid Bagan Pinang.
Bekas anggota komando berusia 55 tahun itu memberitahu beliau tidak dapat mengeluarkan keretanya kerana terhalang oleh kenderaan penyokong PAS itu. Mulanya salah seorang dari mereka jadi marah dan menyerangnya. Kemudiannya lima yang lain ikut menyerangnya. Pihak polis terpaksa bertindak segera mengawal keadaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Kejadian yang berlaku tidak jauh dari Bilik Gerakan kecil BN Bagan Pinang telah membuatkan para petugas dan penyokong BN di situ jadi marah. Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang kebetulan berada di bilik gerakan itu segera meminta mereka bersabar dan tidak bertindak balas. Beliau turut kesal dengan tindakan penyokong PAS itu menyerang Alias.
Katanya kejadian itu tidak sepatutnya berlaku. Alias yang memberitahu beliau mengalami lebam akibat serangan itu berkata PAS hanya bercakap tentang Islam tetapi inilah perangai ahli dan penyokongnya. “Sudahlah berniaga tepi jalan ikut suka hati..kita pula jadi salah kerana tegur dan minta alih kenderaan yang diletak di depan rumah kita,”katanya.-8/9/2009
Komen Isac;
Nak cakap macam mana mereka telah dijamin syurga......Jadinya mereka bebas untuk berbuat apapun....Kena totak (tetak) pun X lut....Kobal (kebal) tu....:)




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3