bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Oct 2009

Bagaimana Jika Proton Satria Neo Juga Boleh Didapati Dalam Versi 4 Pintu

Ini mungkin hanya pendapat peribadi penulis, tetapi penulis percaya ramai diluar sana yang juga bersependapat dengannya.

Pada pandangan penulis Proton Satria Neo memang mengancam dan bergaya dari segi penampilannya. Walaubagaimanapun dari segi nilai komersial, adalah lebih baik jika ianya juga didatangkan dengan model virasi 4 pintu.



Mungkin Proton mengandaikan dengan menggunakan virasi 2 pintu pada model Satria Neo, akan menjadikannya kelihatan lebih "sporty". Itu mungkin ada benarnya tetapi bagi penulis, kereta versi 2 pintu akan menghadkan pasarannya. Mungkin sasaran Proton untuk model ini adalah mereka yang bujang dan berhati muda.




Pada pandangan penulis jika sesuatu kereta itu kelihatan sporty dan dalam masa yang sama ianya juga mempunyai 4 pintu, itu adalah lebih baik. Mereka yang bujang ini pastinya sekali-sekala akan membawa rakan-rakan mereka menaiki kereta dan bayangkan, pastinya sesuatu yang "leceh" jika penumpang belakang terpaksa naik/turun melalui kerusi/pintu hadapan.

Jika itu masih boleh dikompromi pastinya apabila mereka ini berkahwin kelak, kereta Satria Neo ini sudah tidak lagi sesuai untuk mereka yang berkeluarga walaupun hanya untuk menjadi kereta "kedua".

Mungkin Proton akan mengatakan mereka ada Proton Gen 2 untuk model virasi 4 pintu, tetapi bagi penulis model Gen 2 tidaklah se"hangat" Proton Stria Neo. Penulis ada menggambarkan bayangan Satria Neo versi 4 pintu (gambar 2, di atas) untuk tatapan bersama.

Penulis sedang berangan-angan untuk membeli kereta ke"tiga" keluarga. Memang sesuatu yang hebat jika kita dapat membeli kereta-kereta sport mewah seperti Toyota Celica, Honda Prelude, Masda RX 8 dan lain-lain apa lagi "super car" seperti Mitsubishi Evo 9, Nissan Fairlady, Nisan Skyline, Fors Mustang, Porshe, Lamborgini, Ferarri dan lain-lain....

Tetapi memandangkan budget penulis yang terhad, mungkin angan-angan akan hanya tinggal menjadi angan-angan..... :) Tambahan pula kereta-kereta tersebut sudah tentulah mahal kos penyenggaraannya.

Jadi alangkah bagus, jika Proton dapat mempertimbangkan cadangan penulis untuk mengeluarkan Proton Stria virasi 4 pintu...Selain ianya sporty, murah berbanding kereta-kereta sekelas dengannya, ia juga sesuai digunakan untuk bersantai bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3