bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Oct 2009

Pas Milik TG Nik Aziz? Muktamar Khas - Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena........

Dipetik dari Malaysiakini
Muktamar khas PAS pecat Hadi?
Jimadie Shah OthmanOkt 23, 09 10:47am


Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.


"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah."Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)."Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.


Berita penuh sila layari link; http://www.malaysiakini.com/news/115681
Komen Isac;
Kalau perwakilan MCA bertindak berani dengan cubaan mereka untuk menyingkirkan Presiden dan Naib Presiden yang asyik berbalah...Bagaimana pula dengan perwakilan-perwakilan Pas? Ada berani ka?
Adakah mereka akan menurut sahaja "perintah" TGNA untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas, yang dilihat masih "berkiblatkan" perpaduan dengan Umno?
Jika jawapannya, "ya" adakah ini menunjukkan bahawa Pas sebenarnya "milik" TGNA? Apa sahaja yang 'dikata" pasti akan "dikotakan" oleh pengikut-pengikutnya? Setiap percakapannya adalah "fatwa", wajib dituruti dan ditaati.
Pelikkan....Bukan ke jawatan "Mursyidul Am" tu cuma sebagai penasihat? Penasihat ni.... Orang yang dibayar untuk memberi nasihat aje....Samada nasihatnya hendak diterima atau tidak, ia sepatutnya adalah hak "mutlak" Presiden Parti.
Macam mana Presiden & Timbalan Presiden Pas sekarang ni, dilihat hanya seperti "budak" suruhan Mursyidul Am?
Jestru itu pada pendapat penulis, Presiden perlu tunjukkan yang dia bukannya seorang budak suruhan, begitu juga dengan Timbalannya sementara perwakilan Pas pula perlu buktikan bahawa Pas bukannya milik "mutlak" TGNA.

2 comments:

  1. Salam Bumiyang...

    Itu yang pelik dengan "parti komponen" Pengencing Rakyat ini. Jangan katakan parti hamPAS... PKR dan DAPig pun sama. Dalam hirarki pimpinan mereka ada Presiden, tetapi dalam hamPAS ada Mursyidul Am, dalam PKR dan DApig ada Penasihat Parti pula.

    Yang mana lebih berkuasa dari kedua2 jawatan dalam parti2 tersebut??? Mursyidul Am /Penasihat parti atau Presiden kah???

    Andaikata Pengencing Rakyat ini menang pilihanraya umum, yang mana satu akan dilantik menjadi Perdana Menteri??????......

    Mursyidul Am?
    Penasihat parti?
    Presiden salah satu parti?

    Apa yang patut rakyat Malaysia ini nampak dan fahami, dalam pimpinan Pengencing Rakyat sendiri adalah kucar-kacir. Jadi memang patut kita tolak mereka2 ini dalam pilihanraya umum akan datang. Jika tidak, suasana yang kelam-kabut akan berlaku jika mereka ini diberi kuasa.

    Mengenai Niky Ajeh pula, inilah masanya untuk kita lihat satu pemimpin diktator akan lahir jika EGM PAS berlaku dan pemecatan terhadap orang2 yang 'diktator' tidak sukai terjadi.

    Atau mungkin kita akan lihat satu lagi sandiwara dari pihak PAS yang menyatakan ini semua mainan media UMNO / BN. Selamat ikuti babak2 drama menarik ini dengan sabar.

    PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

    ReplyDelete
  2. Salam, inilah kalau 1 kapal 2 nahkoda, masing-masing nak tunjuk jagoh...... kita lihat sahajalah bagaimana Nik Aziz terlalu kemaruk dengan DAP dan PKR sehingga melupakan dasar perjuangan PAS dan lebih rela membuang Hadi dan geng-geng UG dari PAS....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3