Khamis Oktober 1, 2009
Dipetik dari mStar Online
Link; http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/1/mstar_berita/20091001184912&sec=mstar_berita
Pemilik DNA misteri akan diketahui esok
Pemilik DNA misteri akan diketahui esok
SHAH ALAM: Pemilik DNA lelaki misteri yang dikesan pada tali pinggang dan blazer Teoh Beng Hock akan diketahui esok berikutan adanya penemuan terbaru ahli Kimia.
Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia memaklumkan perkara tersebut dalam inkues kematian setiausaha politik itu di Mahkamah Koroner di sini hari ini dan beliau turut memberitahu bahawa ahli kimia, Dr Seah Lay Hong akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berkaitan perkara itu.
Katanya, seorang lagi ahli kimia akan dipanggil untuk memberi pandangan terhadap hasil siasatan Dr Seah itu dan beliau juga akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan hasil siasatan.
Laporan terbaru ini merupakan hasil siasatan kali ketiga Dr Seah berkaitan perkara sama yang mana hasil sisatan sebelum ini gagal menemui lelaki misteri yang mempunyai kesan DNA pada keduadua tempat itu.
Dalam siasatan kedua, Dr Seah telah menganalisis profil DNA bagi 157 individu untuk perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari jabatan patologi forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur, 49 pegawai polis, 81 pegawai SPRM, dua tukang cuci, lapan kakitangan penyelenggaraan dan keselamatan dan tiga saksi individu.
Manakala pada siasatan pertama hanya melibatkan 102 tetapi kedua-duanya gagal menemui pemilik DNA misteri ini dan ia hanya dinamakan 'male 1'.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati, 16 Julai lepas di koridor tingkat lima Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, kira-kira 10 jam selepas memberi keterangan kepada SPRM dalam siasatan dakwaan salahguna wang oleh ahli majlis exco negeri.
Komen Isac;
Sama-samalah kita tunggu esok samada DNA tersebut milik ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Hwa, juruteknik Lee Wye Wing exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, Ronnie Liu, pegawai SPRM ataupun seorang pembunuh upahan atau ahli kongsi gelap?
Walau milik siapapun DNA tersebut, pihak peguam perlu terlebih dahulu mengaitkan "pemiliknya" dengan mangsa, motif pembunuhan, cara pembunuhan dan kehadiran "pemilik" DNA tersebut di tempat pembunuhan, sebelum boleh mengaitkan beliau kes ini. Jika ada bukti-bukti yang berkaitan maka pendakwaan terhadap beliau pula akan dilakukan.
Bagaimana pula jika "pemilik" DNA tersebut sebenarnya adalah orang yang cuba menyelamatkan mangsa? Bukankah beliau akan terinyaya?
Penyelesaian kes ini tidaklah semudah yang disangka....
salam bro...
ReplyDeleteemmm menarik ni..he he he
apa pun pasti si celaka itu akan dibogelkan!!!
lepas ni kita hentam pencacai anwar al-juburi tu yang menfitnah kerajaan malaysia
Salam.. Pihak yang salah akhirnya tetap menerima balasan,antara cepat dan lambat..disini atau disana nanti.Masalahnya adalah pihak yang menggunakan kesempatan untuk kepentingan politik..
ReplyDelete