Foto: Chin Peng Adalah Pejuang Kemerdekaan ???
Tuan Guru Nik Aziz pernah samakan perjuangan Chin Peng setaraf dengan perjuangan Umno. Tidakkah itu keterlaluan? Umno memerdeka, membangunkan dan memakmurkan rakyaat serta negara...Tetapi komunis????
DAP & PKR pula menekankan supaya Chin Peng diberikan hak kerakyataan oleh kerajaan Malaysia, walaupun dia (Chin Peng) masih tidak mahu memohon maaf di atas kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis di bawah pimpinannya terhadap rakyaat dan angkatan bersenjata negara. Pemberontakan senjata mereka yang pertama adalah dari tahun 1948-1960 dan Pemberontakan Kali kedua dari tahun 1968 - 1989.
Banyak nyawa yang melayang, kemusnahan harta benda, keluarga kehilangan tempat bergantung, orang tersayang, rakyaat di kawasan pendalaman kehilangan hak untuk hidup bebas, belajar, sentiasa di dalam ketakutan, kehilangan mata pencarian/pekerjaan, pembangunan negara terencat, banyak wang, masa dan tenaga telah dibazirkan untuk mengawal serangan/dakyah komunis dan lain-lain lagi.
Tidakkah ini bermaksud...bahawa Pakatan Pembangkang mengatakan bahawa perjuangan dan pengorbanan para anggota tentera kita sehingga ada di antaranya yang cacat kekal dan gugur, hanya lah sia-sia ibarat "mati katak"?
Abang-abang tentera di Bagan Pinang, anda tahu apa yang patut dilakukan.
Begitulah cakap-cakap bila PAS khawarij dan jadi penyokong talibarut Yahudi.......
ReplyDeletePAS n PKR sanggup buat apa saja asalkan dpt memenuhi kehendak nafsu politik bangkai mereka dan begitu mudah melupakan pengorbanan pejuang2 yg sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.
ReplyDelete