Terlalu ghairah...senjata makan tuanOctober 10, 2009 : 08.01 AM--->
Foto 1 & 2 Gambar Penyokong Pas Yang Mendakwa DiTetak Oleh Penyokong Umno.
Ini baru kena buku dengan ruas. Jika selama ini pelbagai helah digunakan untuk meraih simpati politik, tindakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membuat dakwaan ahli partinya dipukul hingga cedera parah ekoran diserang Pemuda UMNO makan tuan. Sebabnya, gambar yang didakwa ahli Pemuda PAS yang ditetak dengan kesan darah dan disiarkan oleh portal berita rasmi PAS Harakah Daily serta Malaysian Insider bukanlah orang yang sama dengan orang yang membuat laporan polis mendakwa dipukul.
Foto 3: Lelaki Yang Mendakwa Dipukul & Membuat Aduan (Foto diambil dariHarakah).
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang meminta Salahuddin, serta penulis berita berkaitan isu itu di Harakah Daily dan Malaysian Insider memberi keterangan berhubungan dakwaan yang megelirukan tersebut. ''Pihak polis telah pun membuat siasatan awal dan setakat ini tiada siapa yang datang mengatakan beliau telah dipukul begitu teruk keadaannya. Polis ada menerima laporan dan membuka siasatan dan pihak polis sendiri telah menghantar mangsa ke hospital dan beliau telah menerima rawatan sebagai pesakit luar. “Tak ada kesan darah pun. Hanya lebam-lebam saja. Orang itu juga orang lain, bukan yang dalam gambar itu. Nama yang disebut sama tetapi gambar memang berbeza. Kalau betul orang itu ada, datanglah buat laporan," kata Osman. – 9/10/2009
Dipetik dari Agendadaily
Ini pula dipetik dari Blog Pisau
SEBENTAR TADI SY MENDAPAT PANGGILAN TELEFON DR WAKIL PEMUDA TERENGGANU, MEREKA SEDANG BERGERAK DENGAN 60 BUAH KERETA DENGAN JUMLAH 1000 ORANG, SY JUGA DAPAT MAKLUMAT TADI, MARKAS DEWAN ULAMA KITA DIKEPUNG, INSYAALLAH SELEPAS INI KITA AKAN KE SANA BAGI MENYELAMATKAN ULAMA KITA. PERCAYA DAN YAKINLAH KITA MAMPU BERDEPAN MRK WPUN JUMLAH MEREKA MELEBIHI KITA. BERAPA BYK GOL SIKIT DPT MENGALAHKAN GOL YG RAMAI, DAN ALLAH BERSAMA2 ORANG2 YG SABAR. KITA TDK MENGAJAR PEMUDA KITA MELANGGAR UNDANG2, TTP DLM MASA YG SAMA KITA TDK BERSEDIA DILAKUKAN SEWENANG2NYA OLEH PHK YG TDK BTGGJWB NI. MRK JUAL, DAN KITA BERSEDIA BAYAR CASH MALAM NI - USTAZ DIN TANTAWI
Komen Pisau: Mesej diatas baru diterima dari wall Facebook PAS Segamat, apa yang boleh Pisau gambarkan,jika benar benar berlaku,barangkali mereka memang mahukan kekecohan & pergaduhan besar antara melayu hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Komen Isac;
Tangkap sahaja Salahuddin tu...Dakwa di atas pertuduhan menyebarkan Maklumat palsu. Kepada Menteri Dalam Negeri saya sarankan penyebar maklumat palsu di Facebook Pas Segamat perlu diambil tindakan segera samada didakwa atas Akta Hasutan ataupun ditahan dibawah Akta ISA.
Jangan biarkan orang sebegini terlepas tanpa diambil tindakan. Walaupun mereka pemimpin besar Pas seperti Salahuddin maupu Nasruddin Tantawi sendiri. Jika mereka benar-benar telibat ambillah tindakan. Jangan nanti orang kata polis Malaysia pilih bulu.
Mentang-mentang penduduk Seksyen 23 yang membawa kepala lembu hanya rakyaat biasa, mereka didakwa tetapi "orang-orang besar" Pas terlepas begitu sahaja.
Dato' Hishamuddin ketegasan anda ditagih.....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.