KUALA LUMPUR: Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di
ibu negara Sabtu lalu dalam masa terdekat dengan bantuan gambar pihak berkenaan
yang diperoleh pasukan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan
orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh
itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari
ini.
Sabtu lalu, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk
memasuki Dataran Merdeka, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret
melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

Komen Isac;
Penganjur dan orang yang mengarahkan rusuhan tak ditangkap sekali ke Datuk???
Bagaimana pula yang secara terang-terangan memberikan fatwa wajib untuk mengikuti perhimpunan tersebut dan malah "menaja" sebahagian rakyaat untuk menyertainya???
Bagaimana pula yang secara terang-terangan memberikan fatwa wajib untuk mengikuti perhimpunan tersebut dan malah "menaja" sebahagian rakyaat untuk menyertainya???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.