bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Tinggalkan sedikit - Kata orang tua² dalam setandan kelapa bukan semua boleh jadi santan. Ada sebiji dua yang dipanggil nyior komeng. Biasa kita tengok ada motivator atau ustaz...

17 May 2012


KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang
diadakan di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam
negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3