bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

30 May 2012

Hina DYMM Sultan Johor - Permohonan Maaf Nizar Setakat Melepaskan Batuk di Tangga???



NORMAWATI ADNAN
30 Mei 2012               

IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Artikel penuh klik sini. Titah balas Tengku Mahkota Johor sebelum ini klik sini.


Komen Isac;


Komen daripada seorang wakil rakyaat yang terpelajar seperti beliau sewajarnya perlu lebih bertanggung-jawab!!!


Ramai orang yang menjadikan beliau sebagai "idola" ataupun "role model" jestru komen semborono tanpa disertakan dengan kajian dan bukti2 yang menyokong hujah beliau sememangnya tidak bertanggung-jawab dan boleh membawa kepada ketegangan dan ketidak-puasan dalam masyarakat.


Lebih menduka-citakan cara beliau minta maaf pun macam tak ikhlas......



2 comments:

  1. Hei Nizar --- sedar pun diri tu rakyat biasa.

    yg lu tak sedar, bila bercakap macam orang gila tak pakai akal & kesan dari percakapan lu.

    Masaalah besar lu tak boleh tengok lain senang & berperasaan hasad dengki.

    Kami rakyat Johor sayang Sultan kami.
    lu mau sayang DAP tu lu punya pasal.
    (tak jadi kudis bagi kami)


    Carilah isu yg lebih bernas .

    ReplyDelete
  2. salam Isac-robot yang diprogram mana boleh tukar-tukar.macam kita bercakap dengan tiang/pokok mati saja.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3