bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

9 May 2012

Lagi Fatwa Sambrono Hj Hadi???


Komen Isac;


Kadang2 penulis pun pening kepala apabila Tok2 Guru Pas ini membuka mulut mereka. Kadang2  mereka ni berperangai macam tak tahu hukum pulak.

Mereka begitu mudah mengeluarkan fatwa secara peribadi. 

Tetapi fatwa majlis kebangsaan yang dibuat berdasarkan tuntutan syarie cukup dengan ahli2 yang mewakilinya, ahli2 yang mempunyai ilmu yang berkaitan, berdasarkan nas2 Al-Quran, Al-Hadis dan berkaitan dengan keadaan semasa ditolak mereka mentah2. 

Walaupun sememangnya ada hadis yang mengatakan apabila seseorang yang berilmu beritihaj, jika ianya salah akan mendapat satu pahala dan jika betul akan mendapat 2 pahala, tapi pastinya itihaj tersebut adalah untuk diri mereka sahaja dan sekiranya mahu dimaklumkan dan menjadi rujukkan umum pastinya suatu kumpulan ulamak yang mahir dalam bidang dan ilmu2 yang berkaitan diperlukan.

Jika tidak maka jadilah itihaj itu sebagaimana "Amanat Hadi" dan fatwa2 yang dikeluarkan secara sepontan oleh Nik Aziz yang berkaitan dengan kepentingan politik Pas.

Mungkin tiada masalah untuk mereka ini mengamalkan "fatwa mereka sendiri" kerana mereka berilmu, tetapi apabila diikuti oleh penyokong2 mereka yang fanatik dan kurang ilmu secara membabi-buta mungkin akan menyebabkan perbalahan dan pendewaan dalam masyarakat.

Kenyataan Hadi dalam artikel di atas juga agak mengelirukan. Apa kaitannya dengan perlaksanaan gaji minimum sehingga hukum "had/potong tangan" tidak boleh dilakukan??? Jika hendak dibandingkan di zaman Rasullullah di mana kehidupan pada masa itu ibarat "kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang", hujah beliau tersebut perlu diperhalusi. 

Dalam dunia sekarang di mana kos sara hidup meningkat, membuat dua pekerjaan adalah suatu perkara yang biasa untuk mereka yang berpendapatan rendah. 

Secara logiknya dalam negara kita yang menampung lebih 3 juta pekerja asing bagaimana mungkin seorang yang rajin tidak akan mendapat pekerjaan???

Islam sememangnya  tidak akan memotong tangan mereka yang mencuri kerana kelaparan, tetapi kita juga perlu faham ada beberapa syarat sebelum sesuatu hukuman itu boleh dijatuhkan. Antara syarat2 untuk hukuman potong tangan boleh dijalankan termasuklah baligh, berakal, cukup hisab,   mencuri pada tempat pertaruhan (simpanan), ada dua saksi, bukan dipaksa, bukan sebab kelaparan.

Setakat curi makanan untuk mengalas perut untuk mengelakkan kematian pastinya tidak akan cukup hisab untuk potong tangan. Tak ingat berapa jumlah cukup hisab tapi yang pasti ianya agak banyak.

Orang fakir dan miskin layak mendapat zakat sekiranya kita menjalankan tugas kita membayarnya.

4 comments:

  1. kalau PR menang pilihanraya.. brapa lama masa yg perlu supaya hudud boleh dilaksanakan? 1thn? 2thn?
    ke 22th++?

    ReplyDelete
  2. Hadi dah merapu, merepek dan meraban, kerana PRU13 dah dekat, rakyat ramai yang dah membuat U turn kembali kepada BN. Jadi untuk mencari publisiti kenalah mengeluarkan kenyataan yang agak pelik2 sikit, dgn harapan rakyat akan berfikir dua kali sebelum membuat U Turn. Tapi malang, yang tak membuat U turn spt sepupu sepapatnya telah terlajak masuk TANDAS ASSmin...

    ReplyDelete
  3. Pendapat dan panduan politik drp ulamak TUNGGANG LANGGANG.

    ReplyDelete
  4. sesuka hati je tok2 guru Pas buat Patua...

    tahun lepas lain... tahun depan lain... tahun seterusnya lain...

    dalam masa dua tiga tahun perkara yg sama akan keluar Patua yg berbagai2 jenis dan versi dari ulamak2 Pas....

    semenjak berkawan dgn Dap dan Pkr ni semakin menjadi2 Patua2 yg dikeluarkan oleh ulamak2 Pas... Patua utk Dap lain.. utk Pkr lain.. utk Pas sendiri lain... fuhh memang TUNGGANG LANGGANG

    rakyat sekarang dah boleh menilai perjuangan Pas sekarang..hancorr

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3