bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

31 May 2012

RM 10 Billion Telah Dibelanjakan Oleh Kerajaan BN Untuk Memajukan Kelantan???


Oleh Kaizer Daris
KOTA BHARU -- Tahukah rakyat Kelantan sudah RM10 bilion dibelanjakan kerajaan pusat untuk pembangunan infrastruktur di negeri ini dalam tempoh tujuh tahun ini.
 Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan Pas Kelantan selama 21 tahun kononnya negeri ini dianaktirikan dan Barisan Nasional (BN) belum lagi boleh memerintah, namun pemberian projek daripada pusat tetap berjalan.
Sebagai bukti jentera kerajaan pusat tidak pernah diperalat oleh BN ialah projek pembangunan di Tunjong dekat Wakaf Che Yeh.
Pembangunan itu dilakukan dengan tekun oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang antaranya termasuk pembinaan kompleks mahkamah, jabatan-jabatan persekutuan yang baru, dan pelbagai lagi pejabat yang akan dibina pusat bagi merancakkan ekonomi negeri Kelantan ini.
pembangunan_tunjong002Antara jabatan persekutuan yang akan dibina di kawasan itu ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Perhutanan dan Hidupan Liar, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendidikan Negeri dan banyak lagi.
Hakikatnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)  menggunakan peruntukan pusat itu untuk pembangunan yang disalurkan terus kepada rakyat dengan lebih cepat tanpa perlu diserahkan kepada  kerajaan negeri.
Timbalan Pengarah JPP Kelantan Yahya Mamat berkata projek berkenaan adalah sebahagian peruntukan RM 10 bilion pusat itu.
pembangunan_tunjong001Masih banyak lagi saluran peruntukan itu diberikan untuk kemudahan rakyat Kelantan.Katanya dalam peruntukan RM7.5 bilion itu adalah di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) yang antaranya komitmen Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan termasuk perjawatan kakitangan Persekutuan, program pembasmian kemiskinan, dana khas Kerajaan Persekutuan, keselamatan, kesihatan, pelajaran dan infrastruktur di bawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan projek-projek mega di Kelantan.  
Program membasmi kemiskinan melibatkan peruntukan sebanyak RM198.25 juta untuk tempoh RMK-9 (2006-2010) dan sehingga Ogos 2010, sebanyak RM53.8 juta diperuntukkan melibatkan 14,313 peserta termasuk peserta e-Kasih.    
Projek mega yang turut dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan adalah pembinaan Jalan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali, PasirPuteh, Kelantan dengan kos projek sebanyak RM55.3 juta; pembinaan Jalan GuaMusang-Jelawang-Jeli dengan kos projek RM53.46 juta.  Ini termasuk projek kompleks Taman Budaya Negeri Kelantan dengan kos projek RM15.1 juta; dan Jambatan Kedua Sultan Yahaya Petra dengan kos bernilai RM150.23 juta. Kerajaan pusat juga membangunkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang membabitkan peruntukan sejumlah RM214 juta termasukpengambilalihan tanah di Bachok dan Jeli. 
Pecahan peruntukan untuk UMK adalah RM100 juta di Bachok,RM40 juta di Jeli, dan sejumlah RM35 juta di Taman Bendahara, Kota Baharu.     
Bagi peruntukan pelajaran bagi negeri Kelantan di bawah RancanganMalaysia Lima Tahun (RMLT) adalah berjumlah RM838.7 juta sepanjang RMK-9 daritahun 2006 hingga 2010 di bawah Kementerian Pelajaran.
Manakala  untuk RMK-10 pusat meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama untuk melaksanakan 346 projek di negeri ini dan Kerajaan persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan.
pembangunan_tunjong003
Masih kita sebagai rakyat Kelantan terfikir pusat menganaktirikan Kelantan? Adakah wajar kita menilai bantuan sebegitu banyak dengan bajet kerajaan Pas Kelantan yang hanya RM500 juta setiap tahun untuk negeri ini.
Lebih malang bajet negeri Kelantan setiap tahun mengalami defisit atau tak cukup duit dan terpaksa berhutang dengan pusat dan jumlah defisit itu sejak Pas memerintah sudah mencecah 1 bilion.
Hendak diharapkan kerajaan negeri mencari kaedah untuk meningkatkan ekonomi negeri, setakat expo Cheng Ho dengan China, projek Pokok Depu, bandar satelite, projek ternakan kambing, ladang rakyat; kesemuanya itu pernahkah kita dengar hasilnya kepada rakyat.
Semua projek itu hanyalah lakonan untuk menipu rakyat. Pernahkah kita dengar melalui akhbar lidah Pas selepas expo Cheng Ho berakhir adanya syarikat China akan membina kilang di Kelantan. Jawapannya tidak ada.
Lebih kita bangunkan sendiri negeri kita macam pusat buat dengan bina pelbagai infrastruktur jadi rakyat boleh berniaga, aliran tunai dalaman boleh rancak dan ekonomi membangun. Sumber klik sini.

1 comment:

  1. Apa boleh buat, Tok guru dia orghe kelate supaya jangan berterima kasih kepada yang memberi tapi cuma boleh berterima kasih kepada tuhan! Orang bagi duit atau harta kita terima tapi tetapi masa mengundi kita pangkah PAS.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3