KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari.
SPR dalam satu kenyataan memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).
Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menurut suruhanjaya itu. Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.
"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.
Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.
Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C, tidak melebihi 20 orang, katanya.
Artikel penuh klik sini.
Komen Isac;
Sebelum ini apabila SPR mempamirkan nama-nama 43,050 pengundi yang tidak dapat mereka kesan, BERSIH dan Pakatan telah mengambil peluang untuk menghentam SPR dan BN kerana kononnya senarai tersebut adalah pengundi2 hantu dan mahukan mereka dibuang dari senarai nama pengundi2.
Walhal 1300 orang daripada senarai tersebut telah tampil memberitahu samada mereka masih hidup tetapi tidak menukar kepada kad pengenalan yang baru ataupun ada waris mereka memberitahu bahawa penama tersebut telah meninggal.
Pertamanya tuduhan tersebut terbukti hanya andaian dan tuduhan yang jahat!!!
Keduanya takkan lah BN sebegitu bodoh??? Jika senarai tersebut sememangnya benar adalah "pengundi2 hantu" buat apa nak diumumkan???
Ironinya mereka yang terpelajar, mahasiswa, graduan, professional dan malah graduan berkelulusan Sarjana dan Phd pun "tertipu" dengan dakyah dan fitnah Pakatan sehingga mereka sanggup merusuh bersama2 peserta2 BERSIH pada hari Sabtu yang lalu.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.