Khamis Ogos 20, 2009
KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dibaling dengan Molotovt cocktail awal pagi tadi. Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di sini pada pagi ini mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh oleh pegawai penyiasatan mereka telah rosak.
Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.
"Kita tidak akan berundur daripada penyiasatan kita hanya kerana insiden ini. "Ini hanya menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah berasa bimbang dan cuba untuk menakut-nakutkan kita dengan melakukan tindakan jenayah. "Biar polis menyiasat jenayah ini sementara kita di SPRM akan meneruskan siasatan kita untuk memerangi rasuah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat secara terperinci insiden itu. "Ada banyak perkara yang berlaku di negeri itu pada masa ini dan kita akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak-pihak yang berkaitan.
"Kita berharap orang ramai akan tampil membantu siasatan," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 2 dan 3 pagi. Katanya, enam Molotovt Cocktail telah dibaling ke arah kenderaan itu.
Komen Isac
Nampaknya anggota-anggota penguatkuasaan di Malaysia semakin terhimpit... Mereka bukan sahaja menjadi sasaran serangan "ahli-ahli politik" yang mereka sedang siasat ataupun mahu diberkas, bahkan kini mereka juga menjadi sasaran serangan anggota-anggota kongsi gelap.
Adakah ini membuktikan bahawa dakwaan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju YB Wee Choo Keong, iaitu terdapat pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dijadikan tempat pertemuan orang yang ada kaitan dengan perniagaan ‘bawah tanah’, terbukti benar?
Sama-samalah kita berharap agar pihak polis dan pihak berwajib dapat menyiasat kes ini dan menghukum mereka yang terlibat secepat mungkin. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana penjawat awam maupun pihak penguatkuasa diugut atau ditekan daripada menjalankan tugas-tugas mereka.
Jika ianya dibenarkan maka kita semua akan kembali kepada hukum rimba, "siapa kuat dialah kudrat". Jika ini dibiarkan berlaku maka tiada lagilah undang-undang yang boleh melindungi kita semua.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.