Laporan TV: Noordin ditemui terbunuh dalam bilik air
PASUKAN polis Indonesia berdiri di luar rumah tempat persembunyian suspek pengganas di Temanggung, Jawa Tengah. Dalam serbuan yang dilakukan ke atas rumah tersebut lewat malam tadi, polis berjaya menembak mati dua suspek pengganas, menahan lima lagi serta merampas bahan letupan dan sebuah bom kereta.--fotoAP
BEBERAPA foto wajah-wajah Allahyarham Nordin Mat Top
Polis menyerbu tempat persembunyian suspek militan itu selepas mengepung rumah tersebut selama 16 jam dan dilaporkan berjaya membunuh suspek pengganas yang paling dikehendaki di Asia Tenggara itu.
Laporan itu bagaimanapun tidak disahkan oleh polis. Ujian DNA akan dilakukan untuk memastikan identiti yang terbunuh.
Pengeboman ke atas dua hotel, JW Marriot dan Ritz-Carlton telah mengorbankan sembilan nyawa, kebanyakannya warga asing.
Noordin juga dipercayai memainkan peranan penting dalam empat kejadian pengeboman di Indonesia sejak 2002, termasuk serangan ke atas sebuah kelab malam di Bali yang mengorbankan 202 nyawa yang kebanyakannya warga asing.
Pembunuhan atau penangkapan Noordin merupakan kejayaan terbesar Indonesia dalam memerangi pejuang militan dan mungkin melemahkan peluang berlakunya lebih banyak serangan, memberikan perancangan utama, kewangan dan motivasi yang dipercayai dimainkan Noordin dalam rangkaian keganasan yang berlaku.
Jurucakap polis, Nanan Sukarna berkata, pihaknya percaya Noordin dan dua atau tiga lagi pengikutnya berada dalam rumah tersebut namun masih belum dapat mengesahkan nasib mereka.
Beberapa minit selepas serbuan itu, saksi-saksi kejadian berkata, anggota-anggota polis membuka topi keselamatan yang dipakai dan berjabat tangan sesama mereka, seperti menandakan semua yang berada dalam rumah itu terbunuh atau ditangkap selepas kejadian beberapa letupan dan tembak menembak dengan suspek.
Seorang pegawai polis berkata, satu mayat dijumpai di dalam bilik air rumah itu dan pihak berkuasa telah dengan membawa keranda.
Selepas kira-kira sejam, tiga ambulans meninggalkan rumah itu.AP
Malah laporan tidak rasmi menyebut Noordin mungkin terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.
AP melaporkan, dalam kejadian itu, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta.
Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi di dalam rumah di mana bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran selepas 10 jam polis mengepung kawasan rumah itu.
Dua stesen televisyen tempatan melaporkan, Noordin telah terbunuh dalam operasi itu namun perkara itu tidak dapat disahkan. Ujian DNA mungkin akan dilakukan untuk memastikan perkara itu.
Serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengepung rumah tersebut selama kira-kira 16 jam.
Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan kawasan rumah itu menjelang subuh.
Noordin, suspek yang amat dikehendaki sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dua hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu. AP
Sedikit biodata beliau yang dipetik dari Blog Ibnu Hasyim (Link; http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/nordin-mat-top-bertambah-top-di-mana.html
Noordin Mohammed Top lahir di Johor pada 11 Ogos 1968. Noordin Mohammad Top adalah lelaki paling dikehendaki di Asia. Noordin dikatakan pakar bom Jemaah Islamiyah (JI) juga dilaporkan adalah pegawai, pelatih, pembuat bom dan perancang kepada kumpulan Jemaah Islamiah (JI). Noordin dan Dr Azahari Husin seorang lagi rakyat Malaysia dikatakan “mastermind” pada kes pengeboman di Bali pada tahun 2002, bom Hotel JW Marriot di Jakarta pada 2003, pengeboman kedutaan di Jakarta 2004 dan pengeboman Bali pada tahun 2005.
Dr Azahari Husin adalah bekas pensyarah UTM,Skudai. Pada November 2005 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyian nya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula laporan lain pula yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya. Noordin iaitu anak murid Dr Azahari juga dikatakan menggunakan nama Noordin Muh Top, Noordin Mat Top, dan Noordin Din Moch Top.
Saya percaya, bagi kebanyakkan dari kita yang berfahaman sederhana, kita pasti tidak bersetuju dengan tindakan para militan gerakan Islam yang menjadikan tempat-tempat awam sebagai sasaran pengeboman mereka. Bagi kita sebagai seorang Islam kita dibatasi oleh syariat dan adat (selagi tidak menyalahi syarak). Bahkan semasa Baginda Rasullah s.a.w menawan kota Mekah baginda telah berpesan kepada bala tenteranya agar jangan membakar rumah dan ladang-ladang, jangan mengapakan kanak-kanak, perempuan dan orang tua, sesiapa yang berada dirumah sendiri, rumah-rumah ibadat dan rumah Abu Sufian (Ketua Arab Quraisy) tidak akan diapa-apakan. Begitulah cantiknya Islam.
Waupun ada yang percaya Imam Samudra dan dua orang pembantunya (pengebom di Bali) yang telah dijatuhi hukuman tembak sampai mati telah syahid, agak sukar untuk kita menerimanya.
Sama-samalah kita serahkan perkara ini kepada Allah s.w.t dan semuga kita "ditunjukkan jalan yang yang benar dan lurus yakini jalan mereka yang engkau (Allah) berkati dan berikan kenikmatan bukannya jalan mereka yang engkau (Allah) murkai dengan jalan mereka yang sesat". (Sebahagian maksud surah Al-Fatehah).
Suatu masa dulu sejarah kita juga telah "ditipu" di mana pejuang-pejuang Bugis kita, telah "dilabel" sebagai lanun oleh barat (Syarikat Hindia Timur). Adakah sejarah kini telah berulang? Walau apapun, saya percaya perjuangan mereka ini pasti akan mendapat sokongan dari segenap masyarakat Islam di dunia, jika sasaran mereka adalah askar-askar Israel yang menyerang bumi dan rakyaat Palestine.
Beliau sedang melanjutkan pelajaran di UTM pada peringkat Sarjana ketika nama beliau mula menjadi buruan pihak polis dan Allahyarham Azahari adalah seorang yang berkelulusan doktor flasafah. Ramai rakan-rakan beliau (JI) yang telah diISAkan pada masa itu dan kini telahpun dibebaskan. Alangkah bagusnya jika kepakaran mereka ini dapat disalurkan kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah.
SLM BRO...DIA NI ORG KLUANG..ORG KT SANA MMG RAMAI KENAL DIA..SEORANG YG BAIK PEKERTI DAN BERCAMPUR DGN MASYARAKAT SETEMPAT. TP SYGNYA DIA TERPENGARUH DGN ANASIR LUAR SEWAKTU DIA BELAJAR DI LUAR NEGARA. KALAU DIA KT M'SIA BAGUS JUGAK. BLEY LA DIA PEGI BOM SI AL-JUBORINK TU SAMPAI BEKECAI!
ReplyDeleteW'salam bro, mcm kenal aje. Sama2 JI ke?
ReplyDeleteJangan marah...bergurau...:)
Terimakasih kerana berkunjung ke blog ini.
SALAM BRO ISAC..
ReplyDeleteIKHTIKAD NORDIN MAT TOP TU SEMEMANGNYA BETUL..BERJUANG UNTUK MEMBELA AGAMA..
TAPI YANG DIRAGUKAN IALAH CARA DIA MELAKSANKANNYA..
MEMBUNUH ORANG BUKAN ISLAM DAN YANG TAK BERSALAH YANG TIDAK MEMERANGI ISLAM APAKAH DIBENARKAN DALAM ISLAM..?
Udah lama juga ya informasi ini, tapi memang paling populer kayaknya dulu info ini... hahahah
ReplyDeleteHmmm.. informasinya masih ada juga rupanya ya, . .
ReplyDelete