bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Aug 2009

Inkues Teoh - Tan Boon Hock Suspek Utama Kes Kematian Mendiang?

Dipetik dari mStar Online
Rabu Ogos 26, 2009
Inkues: Teoh, ahli Majlis Perbandaran Kajang gaduh di tandas SPRM awal pagi.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK



http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/26/mstar_berita/20090826133023&sec=mstar_berita

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan bahawa tercetusnya pergaduhan antara mendiang dan Tan Boon Wah di tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata beliau mendapat maklumat bahawa pergaduhan tersebut berlaku kira-kira pukul 2 pagi pada 16 Julai lalu.

"Selepas kematian mendiang saya dimaklumkan oleh seorang pegawai SPRM yang bernama Bulkani (Paharuddin) bahawa terdapat pergaduhan antara Tan Boon Wah dan si mati dalam pukul 2 lebih dalam tandas SPRM Selangor," katanya.

Mohd Anuar berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 buat kali keempat di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Keterangan itu dibuat bagi menjawab soalan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa sama ada beliau mendengar sebarang berita selepas mengetahui mengenai kematn Teoh.

Tan merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Beliau turut berada di pejabat SPRM pada hari tersebut sebagai saksi bagi kes siasatan suruhanjaya berkenaan.

Mohd Anuar juga dalam keterangannya hari ini menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang berkali-kali menyatakan mendiang mati dalam tangan beliau sebagai pegawai penyiasat.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan peguam itu (Gobind) kerana saksi (Teoh) telah dilepaskan pada pukul lebih kurang 3.30 hingga 3.45 pagi dan dia dibenarkan untuk pulang.

"Walau bagaimanapun beliau minta untuk kebenaran untuk berehat... pendapat saya beliau akan pulang selepas itu," katanya. Mohd Anuar juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai sebab untuk menyebabkan kematian Teoh.


Komen Isac;


Jadi jika Mohd Anwar/SPRM tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh bagaimana pula dengan Tan? Bukankah beliau dilihat bertengkar dengan mendiang sebelum mendiang dijumpai mati? Jika Tan terlibat dengan penyalagunaan wang peruntukan wakil rakyaat, bukankah beliau mempunyai motif untuk membunuh Teoh yang telah bersetuju untuk menjadi saksi SPRM?
Bukti bahawa Adun DAP menyalah-gunakan wang peruntukan wakil rakyaat telah dibuang dari senarai bukti oleh pengendali Inkues, mengapa begitu? Walaupun siasatan lebih terarah untuk mencari sebab kematian mendiang Teoh, bukankah pelik jika mendiang menyimpan invois-invois "palsu" tersebut di dalam komputer ribanya? Adakah invois-invois tersebut dibuat sendiri oleh mendiang?
Tidakkah "mereka" yang terlibat mungkin mempunyai motif untuk "menutup" mulut mendiang Teoh? Ataupun jika Mendiang Teoh sebenarnya bertindak sendiri (invois-invois tersebut mungkin dibuat beliau) bukankah mungkin kerana takut ditangkap beliau mempunyai motif untuk membunuh diri?
Penulis tidak sabar hendak mendengar apakah keterangan dari pegawai SPRM yang mendengar pertengkaran di antara Teoh dan Tan (Mendiang) pada malam sebelum Teoh dijumpai mati, ini kerana menurut khabar-kabar angin, pegawai tersebut boleh berbahasa Mandrin/Dialek Cina yang lain. Jika ini benar, beliau mungkin faham apakah yang dipertengkarkan oleh kedua-dua petugas DAP tersebut.
Juga penulis ingin mendengar keterangan daripada Tan sendiri apabila dia dipanggil untuk memberikan keterangan kelak. Mengapakah dia tidak pulang walaupun telah dibebaskan lebih awal daripada mendiang Teoh, apa yang ditengkarkan dengan mendiang dan adakah dia terlibat dalam kes penyelewengan tersebut.
Harapan saya agar siasatan ini tidak dihentikan sekerat jalan, tetapi akan diteruskan sehingga tertangkapnya orang yang bertanggung jawab (jika ada). Jangan nanti ada orang "berkuasa" yang memutar belitkan bukti dan saksi kes demi untuk menyelamatkan diri dan parti mereka. Orang berkuasa bukan sahaja bermaksud kerajaan yang memerintah tetapi juga termasuk mereka yang mempunyai kuasa untuk memutar-belitkan bukti dan kata-kata seperti pihak peguam-peguam yang terlibat.
DSAI sendiri pernah dipenjarakan kerana didapati bersalah mengarahkan pihak polis menghentikan siasatan kes liwat terhadap dirinya sekitar tahun 1998 yang lalu.






No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3