bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Aug 2009

Permatang Pasir, Pas & Umno Sama-sama Menuju ke Neraka? - “Pembunuhan Karektor” Calon Kini Menguasai Kempen !!!!

Dipetik dari mStar Online
Jumaat Ogos 21, 2009
“Pembunuhan karektor” kini menguasai kempen Permatang Pasir
Oleh G. MANIMARAN


Gambar Hiasan, Apa Gunanya Kita Bersalaman Jika di Dalam Hati Kita Berniat Untuk Saling Khianat-Mengkhianati, Bukankah Itu Antara Sifat Orang Munafik.

SEBERANG PRAI: Nampaknya, kempen pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kini telah bertukar menjadi medan “membunuh karektor” kedua-dua calon BN dan PAS dengan pendedahan demi pendedahan pelbagai kisah pribadi dan juga apa yang telah berlaku sebelum mereka secara rasmi diisytiharkan sebagai calon parti masing-masing.


Ramai pemerhati politik melihat, suasana ini tidak berlaku pada beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu - samada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang mahupun yang terbaru di Manek Urai.

Ini kerana mereka berkata, yang menjadi isu kempen pada pilihanraya kecil yang lalu ialah sama ada soal kesesuaian pemilihan calon yang diterima rakyat, soal politik nasional atau tempatan mahu pun dasar atau ideologi parti.

Tetapi nampak gaya di Permatang Pasir sejak kedua-dua parti menamakan calon masing-masing, yang menjadi isu dan diperkatakan orang ialah soal-soal yang berkisar kepada isu-isu peribadi calon dan amat jelas sekali ia sedang menuju ke arah “pembunuhan karektor” bukannya soal siapa yang boleh membawa pembaharuan, pembangunan atau perubahan kepada untung nasib masyarakat setempat.



Dipetik dari Malaysiakini
Rohaizat nafi dakwaan ada isteri kedua
Abdul Rahim Sabri Aug 21, 09 9:14am

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai 'Hafizah', seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan. Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya." Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu "satu pembohongan semata-mata".

Berita penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/111061



Komen Isac;


Kedua-dua calon ini dikaitkan dengan bermacam-macam isu/penyelewengan yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat untuk memusnahkan keadibiliti mereka. Jika tuan-tuan mahu tahu dengan lebih terperinci, sila rujuk pada link-link di atas maupun yang diposting di blog-blog lain. (bulan Ramadhan beb...lebih baik banyakan mengaji)


Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah ini cara Islam? Ada seorang Ulamak (dari parti politik kita) yang mengatakan Allah s.w.t pun mengumpat dan memaki. Tetapi adakah Tok Guru ini sedar ada banyak sifat-sifat Allah s.w.t yang kita hanya boleh jadikan pengajaran supaya kita insaf, tetapi bukan untuk dijadikan ikutan. Sebagai contohnya membakar "sesuatu hidupan" hidup-hidup hanyalah hak Allah s.w.t., sebaliknya kita tidak boleh melakukannya.


Samalah juga dengan mengumpat dan memaki orang lain....Allah s.w.t boleh, tetapi kita tidak. Dalam Israk Mikraj, Rasullullah s.a.w. ada melihat orang yang sedang memakan daging busuk saudaranya sendiri, apabila ditanya Rasullullah s.a.w. kepada Jibrail a.s. siapakah itu, jawab Jibrail, itulah orang yang suka mengumpat.


Itu baru mengumpat, apa pula hukumnya untuk orang yang memfitnah atau mengada-ngadakan cerita tentang keburukan saudaranya? Astarfirullah hal azim.....


Jika cara berkempen di Permatang Pasir ini kita teruskan, percayalah bukan setakat "ahli dan penyokong-penyokong Umno sahaja yang akan ke neraka", tetapi nampak gayanya, Tok-tok guru dan ahli-ahli Pas akan mendahului mereka.


Marilah kita kembali ke pangkal jalan...Semua umat Islam itu bersaudara!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3