Dipetik dari mStar Online
Selasa Ogos 18, 2009
Teoh dipercayai membunuh diri - Dr. Prashant
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Pakar patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Prashant Naresh Samberkar juga menyimpulkan bahawa beliau percaya yang setiausaha politik Teoh Beng Hock telah meninggal dunia kerana membunuh diri.
Beliau menyatakan demikian pada prosiding inkues kematian Teoh di sini sebentar tadi. Pandangan itu juga mirip keterangan seorang pakar forensik minggu lalu.
Pada Jumaat lalu, Dr. Khairul Azman Ibrahim iaitu Pakar Perunding Kanan, Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia di Plaza Masalam di sini bulan lalu disebabkan membunuh diri.
"Pada pendapat saya terdapat tanda-tanda si mati bunuh diri. Pendapat ini boleh dibincangkan berdasarkan tidak ada kesan pergelutan yang jelas.
"Buktinya ialah tak ada kesan darah, barang pecah, barang berterabur di tempat tersebut dan juga pen yang terdapat pada baju masih berada di tempat poket tersebut.
"Dan juga hasil DNA, tidak terdapat kesan-kesan DNA yang sama dengan pegawai-pegawai SPRM. Dan, kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan sabagai kesan yang dialami disebabkan oleh kesan jatuh," jelas Dr. Khairul.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.
Ini pula dipetik dari Malaysiakini.
Rakaman percakapan (soal-siasat) Teoh bakal dikemuka di mahkamah
Aug 18, 09 8:32pm
Abdul Razak berkata rakaman itu boleh menunjukkan bagaimana tahap pemikiran dan mental Teoh sepanjang siasatan tetapi peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh membantah kerana pada pendapatnya keterangan itu tidak banyak membantu dan ia tidak akan menunjukkan keadaan sebenar Teoh sebelum meninggal dunia.
Artikel penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/110870
Komen Isac;
Mmm...setakat semalam (18/8/09) pakar-pakar forensik dan patologi bersependapat berpandukan kepada bukti-bukti yang dikumpul, mendiang Teoh sebenarnya membunuh diri.
Malaysiakini pula melaporkan bahawa peguam Gobind Singh Deo cuba untuk menghalang rakaman suara soal-siasat SPRM terhadap mendiang Teoh daripada didengarkan di makamah.
Pelik juga bunyinya tu, sepatutnya jika Gobind Singh Deo benar-benar ingin mencari kebenaran, dia sepatutnya membawa apa juga bukti ke mahkamah agar siasatan lebih menyeluruh dan terperinci dapat dibuat. Adakah beliau cuba menyembunyikan sesuatu?
Yang ini lebih meragukan, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim terus sahaja melenting dan menuduh SRRM adalah pihak yang membunuh mendiang Teoh atas arahan Kerajaan Umno/BN, sebaik sahaja berita kematian mendiang Teoh diketahui umum. Menghairankan bukan?
Soalan saya, siapakah yang paling beruntung baik dari segi politik maupun secara langsung di atas kematian mendiang Teoh?
Jawapannya;
1) Sudah tentulah Pakatan Pembangkang, khususnya DAP kerana kematian tersebut dapat mengalih perhatian rakyaat daripada suspek/pesalah yang disiasat (anggota mereka), kesemua kesalahan kini dialihkan kepada SPRM yang sengaja dituduh membunuh mendiang Teoh.
2) Adun-adun DAP yang sedang disiasat.
3) Kongsi Gelap yang dikatakan terlibat dengan pemerintahan kerajaan negeri Selangor.
4) Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sengaja menuduh SPRM demi kepentingan politik.
Sebaliknya imej SPRM pasti akan tercalar kerana mendiang Teoh dijumpai mati berdekatan Pejabat mereka, tidak kira samada mendiang Teoh mati akibat bunuh diri, kemalangan maupun dibunuh.
Dari segi logiknya, mendiang Teoh yang akan bertindak sebagai saksi SPRM sekiranya didapati memang ada berlaku penyelewangan wang dilakukan oleh Adun-adun DAP yang sedang disiasat, pasti lebih "berharga" kepada SPRM jika mendiang masih hidup. Jestru itu menuduh SPRM membunuh Teoh atas arahan Kerajaan Umno/BN adalah tuduhan yang bersifat jahat, bermotifkan politik ataupun saranan dari orang yang gila!!!! (mungkin gila kuasa ?)
Jika Pakatan Pembangkang mahupun "gengster" kerajaan negeri Selangor yang mengupah beberapa pegawai SPRM untuk menutup mulut mendiang Teoh dengan membunuhnya mungkin itu boleh diterima akal. Perkara ini sering berlaku di dalam filem-filem di Holywood maupun Bolywood.
Walau bagaimanapun walauapapun sebab dan musabab kematian mendiang Teoh (membunuh diri, kemalangan maupun dibunuh), pihak SPRM dan Kerajaan Umno/BN adalah di lihat sebagai pihak yang paling rugi....
Jestru itu jika mendiang memang mati dibunuh pasti mereka ini bukanlah "suspek" kepada jenayah berkenaan. Adakah ia dilakukan oleh ahli Pakatan Pembangkang ? Kita tunggu keputusan Inkues.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.