http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090815000259/Article
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak bhnews@bharian.com.my
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak bhnews@bharian.com.my
Barisan Nasional pilih Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dicalon pertahan kerusi DUN Permatang Pasir BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dicalon pertahan kerusi DUN Permatang Pasir BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.
Pemilihan Rohaizat diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pasir di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh di sini, semalam. Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang mengumumkan nama Salleh pada majlis khas di pusat khidmat Adun Permatang Pasir, di Bukit Mertajam, malam tadi. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Rohaizat yang juga peguam syarie, dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk perwatakan, hubungan dengan masyarakat serta sumbangannya kepada parti.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara. "Saya percaya Rohaizat adalah calon terbaik. Saya harap semua penduduk Permatang Pasir memberi sokongan kepadanya yang boleh menjadi wakil rakyat bagi membawa pembangunan di kawasan ini," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN. Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Negeri dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Pas, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Isnin ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 25 Ogos. Muhyiddin berkata, pemilihan Rohaizat adalah tepat kerana beliau mampu membantu rakyat dan membawa perubahan di kawasan Permatang Pasir. "Penduduk Permatang Pasir masih dahagakan pembangunan. Jika Manek Urai (Kelantan) dulu kita jadikan kawasan itu sebagai anak angkat, tetapi Permatang Pasir akan dijadikan anak emas kepada kerajaan Persekutuan," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, penduduk Permatang Pasir perlu memberi sokongan kepada BN yang terbukti mempunyai rekod cemerlang, bukan seperti Pakatan Rakyat yang menjadi satu pakatan rapuh. Beliau juga berkata, BN tidak menggadaikan masa depan rakyat semata-mata untuk kepentingan politik.
"Masa depan tidak boleh dikorbankan hanya untuk kepentingan politik. Politik kita (BN) bukan untuk kepentingan peribadi tetapi bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya. Sementara itu, Salleh yang mendapat pendidikan di Universiti Malaya (UM) dalam Jurusan Pengajian Islam tidak pernah menang selepas bertanding dalam enam pilihan raya umum lalu. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, beliau yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, tewas kepada calon BN, Datuk Dr Ibrahim Saad dengan majoriti 12,651 undi. Pada PRU 1999, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Yahaya Abdul Hamid di DUN Pinang Tunggal, dengan majoriti 4,376 undi. Pada PRU 2004, Salleh sekali lagi bertanding bagi kerusi DUN Pinang Tunggal dan tewas kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi.
Pada pilihan raya umum lalu, Salleh tewas kepada Timbalan Ketua Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed di kerusi DUN Sungai Dua dengan majoriti 535 undi. Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, pihaknya menerima banyak calon yang sesuai untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir sebelum membuat keputusan memilih Salleh. "Saya berharap penyokong Pas memberi sokongan kepada calon kita untuk mendapat majoriti yang lebih besar," katanya. Salleh ketika berucap menyatakan penghargaan terhadap pucuk pimpinan parti yang memberikan kepercayaan terhadapnya untuk mengalas cabaran Pas bagi mempertahankan kubu kuatnya itu.
Komen Isac;
Kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir, janganlah lepaskan peluang untuk memperbetulkan "kesilapan' yang telah anda semua lakukan pada pilihanraya umum yang lalu (PRU 12).
"Signal" kepada kerajaan Umno/BN agar lebih peka dan membela nasib rakyaat telah didengar dan kerajaanpun kini sedang mengambil langkah-langkah yang drastik untuk memperbetulkan keadaan.
Berilah peluang untuk kerajaan yang diterajui oleh Dato" Seri Najib Tun Razak ini untuk memulihkan keadaan. Janganlan kerana nyamuk kelambu nak kita bakar. Lihatlah kembali kepada sejarah, siapakah yang membangunkan negara selama ini dan janganlah kerana janji-janji kosong dan fitnah-fitnah jahat yang dilemparkan oleh "pengkhianat negara" kita mahu memperjudikan nasib generasi yang akan datang.
Berfikirlah dengan bijak, jika sesat dihujung jalan kita masih boleh kembali ke pangkal jalan, tetapi jika negara tergadai, menangis air mata darahpun tidak akan berguna lagi. Tunjukkan kepada pembangkang bahawa kuasa "the silent majority" memihak kepada siapa sebenarnya, pertahankanlah kerajaan Umno/Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.